“Kau Ni Emak Kepada Budak Ni, Kenapa Kau Biarkan Di Akene Pukul Sampai Lebam-Lebam”

Seorang budak lelaki berusia lima tahun diselamatkan daripada menjadi mangsa penderaan oleh ibu dan teman lelaki ibunya selepas polis melakukan pemeriksaan di dalam sebuah bilik di Jalan Jelutong di sini kelmarin.

Serbuan kira-kira pukul 12 tengah hari itu pada mulanya dilakukan bagi mengesan duda berusia 37 tahun tersebut yang dikehendaki berkaitan kes dadah, namun polis telah menemui kanak-kanak malang dengan kesan kecederaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, pemeriksaan di dalam bilik tidak menjumpai apa-apa barang salah, namun pegawai polis berkenaan berasa curiga selepas melihat keadaan kanak-kanak itu.

“Pemeriksaan pada tubuh badannya mendapati ada kesan-kesan kecederaan disyaki akibat didera dan polis telah tangkap ibu mangsa berusia 28 tahun dan teman lelakinya itu yang berada di dalam bilik berkenaan.

“Siasatan lanjut mendapati mangsa menyatakan dia telah dipukul oleh suspek lelaki yang dipanggil Daddy selain ibu kandungnya, namun tidak menyatakan sebab,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan di Hospital Pulau Pinang di sini mendapati mangsa mempunyai kesan lebam pada dahi kiri, pipi kiri, lengan kanan dan kiri, kaki kiri serta kuping pada kemaluan.

Menurutnya, imbasan sinaran-X bagaimanapun mendapati tiada kecederaan patah.

Che Zaimani berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. – K! ONLINE

Artikel Berkaitan   Serangan Asma Mendadak, Jangan Panik”..?? Inilah Ubat yang Boleh Menyembuhkannya..Sebarkan Semoga Bermanfaat.