Kaum India Keluar Membantah Pelaksanaan Tulisan Jawi Di Sekolah Jenis India Dan Cina

KUALA LUMPUR – Masyarakat India berkumpul di Brickfields pada petang tadi bagi menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 pada tahun depan di sekolah vernakular.

Mereka memakai pakaian serba hitam dan membawa poster yang tertulis ‘Kami tidak setuju pelaksanaan tulisan Jawi di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil dan SJK Cina’.

Setakat ini, himpunan bantahan itu berlangsung dengan aman dan kelihatan pihak polis mengawal keadaan.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan akan tetap meneruskan pelaksanaan pengenalan tulisan khat pada tahun depan.

Perancangan untuk memperkenalkan tulisan Jawi dalam kurikulum sekolah sudah pun dimulakan sejak 2014 lagi.

Usaha itu adalah bertujuan untuk menerapkan nilai warisan bahasa Melayu dan identiti negara.

Terdahulu, polis menafikan mesej yang tular mendakwa akan berlaku rusuhan di kawasan Little India, Brickfields di sini.

Setakat ini, himpunan bantahan itu berlangsung dengan aman dan kelihatan pihak polis mengawal keadaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Arifai Tarawe berkata, keadaan adalah selamat dan terkawal.

Sebelum ini, tular satu mesej mengatakan berlaku situasi tidak menyenangkan di kawasan Little India, Brickfields pada 23 dan 24 Ogos 2019.

Mesej itu turut menggesa keluarga, adik-beradik supaya tidak melalui kawasan tersebut sebagai langkah keselamatan.

Terdahulu, pihak polis telah menerima notis permakluman daripada penganjur mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung hasrat mengadakan satu perhimpunan Say No To Zakir Naik, Equal Rights To Indians dan Other Races pada 24 Ogos (Sabtu) jam 2 petang di Water Fountain Little India, Brickfields.

Bagaimanapun, notis yang dikemukakan didapati tidak lengkap dan tidak memenuhi keperluan undang-undang.

Artikel Berkaitan   Palestin Diserang Baru Ni. Ini Pengumuman Terkini Qatar Yang MENGEJUTKAN Dunia

Polis menasihati orang ramai agar tidak menghadiri perhimpunan berkenaan.