“Kedai Mamak Gunting Rambut Tutup, Buat Sendiri La. Pastu Salah Potong,” – Tok Ram Tunjuk Hasilnya… Sebelah Tinggi Sebelah Rendah!

Satu posting terkini dari maestro muzik, Datuk Ramli MS nyata mengundang perhatian peminat.

Menerusi Instagram, suami kepada penyanyi, Datin Alyah itu memuat naik satu video pendek berkenaan stail rambut terkininya.

Jelas Ramli, dia terpaksa potong sendiri rambutnya kepada kedai gunting tutup sebagai penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak dua minggu lalu.


“Bila kedai mamak gunting rambut pun tutup.buat sndri la..pastu salah potong..aahhhhhh telungkupkan semua la..hahahahaa..sebelah tingi sebelah rendah..kira art la,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Lalu, ramai yang meninggalkan komen, termasuk rakan selebriti menerusi video yang kini sudah pun ditonton lebih 20,000 kali itu.

Foto: Instagram Ramli Ms

Sumber : MH