“Kejadian Malam Semalam Yang Tak Disangka-Sangka. Akhirnya Kepala Batu Ku Bocor Juga.”

PENYANYI dan pelakon, Elyana mengalami kemalangan kecil pada bahagian kepala ketika berada di lokasi penggambaran telefilem, Aneh, Rabu lalu.

Menurut Elyana menerusi Instagram miliknya, akibat kecederaan yang dialaminya itu, dia menerima beberapa jahitan.

“Hari ini (Rabu) ada kejadian yang tidak diingini berlaku ketika berada di dalam set penggambaran telefilem Aneh.

“Saya telah mengalami kemalangan kecil yang tidak diduga. Tapi tak apa, semuanya ada hikmah, Insya Allah.

“Sebabkan anda semua nak lihat saya berlakon, jadi saya berjuang untuk hiburkan anda semua. Jadi jangan lupa untuk menonton telefilem Aneh yang akan ditayangkan tidak lama lagi,” ujarnya dalam satu video pendek.

Video yang turut memaparkan proses kepala Elyana menerima jahitan itu dikongsi dengan kapsyen: “Kejadian malam semalam yang tak disangka-sangka. Akhirnya kepala batu ku bocor juga.”

Rata-rata peminat mendoakan agar Elyana segera sembuh.

Menerusi telefilem Aneh itu, Elyana bergandingan dengan aktor tinggi lampai, Fattah Amin.

(Visited 473 times, 1 visits today)