Kekadang Mulut Rasa Nak Makan Jugak Tosai, Rupanya Senang Je Kalau Buat Sendiri, Ikut Je Step Bawah Ni

Kadang-kadang bila ke kedai mamak, mulut rasa teringin nak makan tosai tapi ada juga rasa enggan sebab ragu-ragu akan kebersihan makanan dan sebagainya. Jadi kalau dah teringin sangat nak makan tosai buatan sendiri boleh follow resipi yang dikongsi oleh Rozel Kitchen ini . Boleh makan puas-puas tanpa rasa ragu-ragu. Adunan yang lebih boleh disimpan di dalam bekas kaca bertutup dan disimpan di dalam peti sejuk. Bertahan sehingga 3-4 hari.

Bahan-bahan tosai (dikisar bersama) :

  • 2 mangkuk beras – rendam 8 jam
  • 1 mangkuk kacang dhal
  • 1 kepal nasi sejuk
  • Sedikit biji halba,jintan putih dan biji sawi
  • sedikit air
  • sedikit garam

Cara-caranya :

  • Beras dan kacang dhal direndam selama empat jam bersama biji halba,jintan putih dan biji sawi.
  • Kemudian dikisar sampai hancur.Masukkan nasi sejuk dalam satu genggam.Tambah air sikit kalau adunan pekat ye… diperam selama 8 jam dalam suhu bilik.
  • Kemudian, panaskan non-stick pan, griskan dengan minyak bawang
  • Seterusnya leperkan adunan tadi di atas pan.(seperti membuat lempeng) Api slow je tau.
  • Masak sehingga garing atau ikutlah tesktur yang macam mana berkenan di hati.


Siap boleh di lipat dua dan hidang bersama chutney kelapa atau kari dhal.

Tip:
Adunan yang lebih boleh disimpan di dalam bekas kaca bertutup dan disimpan di dalam peti sejuk.Bertahan sehingga 3-4 hari.Lagi lama lagi sedap kerana proses perapan tu akan menjadikan tosai ada rasa sedikit masam. Itu yg sedap!!

Kredit foto & resipi: Rozel Kitchen