Keluarga Gelabah Gara-Gara Salah Seorang Ahli Keluarganya Tertelan “Padlock” Tapi Tetap Tersenyum

NEW DELHI: Doktor di India berjaya mengeluarkan mangga (padlock) yang tersekat di kerongkong seorang lelaki.

Jitendra Jumar, 22, yang mengalami masalah mental dipercayai menelan mangga berkenaan tanpa pengetahuan keluarganya.

Daily Mail melaporkan, mangga bersaiz enam sentimeter (sm) itu tersekat di kerongkong menyebabkan keluarga membawanya ke hospital di bandar Ranchi, di Jharkhand dan Jitendra kelihatan hanya tersenyum.

Doktor melakukan pembedahan selama empat jam untuk mengeluarkan mangga berkenaan.

Ketua Bahagian Telinga, Hidung dan Tekak Institut Sains Perubatan Rajendra India, Dr Pradeep Jumar Sing berkata, pesakit dibawa ke hospital oleh keluarganya.

IMEJ X-ray menunjukkan tempat mangga tersekat. FOTO Goal Post Media/ SWNS.com

“X-ray diambil untuk menentukan tempat tepat di mana mangga itu tersekat.

“Berikutan itu, kami memutuskan menjalankan pembedahan kecemasan untuk mengeluarkannya,” katanya.

Menurutnya, mangga itu tersepit di saluran pemakanan dapat dikeluarkan.

“Ia tidak boleh dikeluarkan dengan prosedur endoskopi tetapi hanya melalui pembedahan.

“Kami tiada pilihan lain untuk menyelamatkan nyawa Jitendra. Kami melakukan pembedahan pada 14 Februari lalu untuk mengeluarkan benda asing itu,” katanya.

Artikel Berkaitan   Pernah Rasa Sesak Pada Dada Secara Tiba-Tiba, Batuk Dan Bersin? Besar Kemungkinan Anda Diserang Asma