Keluarga Terkejut Kanak-Kanak Yang Telah Disahkan Meninggal Dunia Bangun Semula Semasa Dimandikan

JAKARTA: Seorang kanak-kanak perempuan yang hidup kembali selepas diisytiharkan meninggal dunia mengejutkan penduduk Kampung Lumbang di Jawa Timur, Indonesia.

Portal Detiknews melaporkan kanak-kanak itu, Siti Masfufah Wardah, 12, disahkan meninggal dunia di Hospital Dr Moh Saleh Kota Probolinggo pada jam 6 petang, Isnin lalu akibat kencing manis kronik.

Keluarga kanak-kanak itu kemudian membawa pulang jenazah jam 7 malam dari rumah mayat.

Bagaimanapun, ketika jenazah dimandikan matanya terbuka dan berkedip beberapa kali.

Dia dikatakan hidup kembali dan diangkat masuk ke dalam rumah oleh keluarganya.

Keluarganya menghubungi petugas perubatan Pusat Kesihatan Lumbang bagi mendapatkan bantuan kerana kanak-kanak itu berada dalam keadaan lemah.

Sebelum itu, dia dibawa ke hospital kerana dilaporkan mengalami kesakitan dan kekejangan. Doktor memberitahu kanak-kanak itu mengalami diabetes kronik.

Ketua Polis Lumbang Probolinggo, Muhammad Dugel berkata, tekanan darah mangsa berada paras 60 dan keadaannya sangat lemah membuatkan denyut jantungnya tidak dapat dikesan alat perubatan.

Sejam kemudian, pihak petugas perubatan memaklumkan kanak-kanak itu meninggal dunia.

Jenazah dikebumikan pada hari sama di kawasan perkuburan awam di kawasan itu.

kredit harian metro

Artikel Berkaitan   “U Nak Mampus Ka Sbb Skrg Saya Nak Settle Kalau U Kol Bank Saya Akan Tarik Juga Kereta” Hati-Hati Jika Dihampiri 4 Lelaki Ini Di R&R