Kemalangan Tragis Antara 2 Buah Lori Besar, Hampir-Hampir Mengorbankan 9 Orang Pelajar Dan 5 Dewasa Termasuk Guru

SEMBILAN murid tadika hanya dipisahkan beberapa meter daripada maut apabila van dinaiki nyaris dihempap dengan lori simen di hadapan Balai Polis Simpang Ampat, Nibong Tebal, hari ini.

Saksi di tempat kejadian memberitahu, lori simen berkenaan dilihat hilang kawalan ketika menghampiri persimpangan lampu isyarat sebelum terbalik.

Namun, mujur lori berkenaan tidak menghempap van berkenaan yang berada hanya beberapa meter.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.41 pagi memaklumkan mengenai kemalangan itu.

“Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kita dapati sembilan murid tadika dan lima dewasa dipercayai guru dan pemandu van mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital,” katanya dipetik portal Harian Metro.

Menurutnya, sehingga kini kerja menyelamat untuk mengeluarkan pemandu lori simen tersepit sedang dilakukan.

The post 9 budak tadika nyaris maut dihempap lori simen appeared first on NewMalaysianPost.com.

Artikel Berkaitan   Berlindung Di Balik Tudung, Wanita Ini Bawa Dadah RM20,000 Dadah Dengan Motosikal Tanpa Rasa Bersalah