Kena Pukul Dengan Pelajar Senior Sebab Tak Hormat, 3 Pelajar Lebam Di Badan

ARAU – Tiga pelajar lebam di badan selepas dibelasah pelajar senior di sebuah sekolah berasrama penuh di sini pada 5 Februari lalu.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, pelajar Tingkatan 2 itu dibelasah lima pelajar Tingkatan 5 selepas mereka didakwa tidak menghormati pelajar senior terbabit.

Menurutnya, sejurus menerima laporan daripada mangsa, polis menahan dua daripada suspek pada 5 Februari lalu sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

“Tiga lagi suspek kini sedang bercuti selepas mendapat kebenaran pihak sekolah dan akan dipanggil polis untuk siasatan selepas pulang ke asrama sekolah itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Surina berkata, kes itu masih disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai diminta agar tidak menularkan sebarang info yang tidak sahih mengenai kejadian ini sehingga menimbulkan fakta yang tidak tepat dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Kredit sinar harian

Artikel Berkaitan   “Saya Bukan Menafikan Peranan Wartawan Terhadap Karier Saya..” Zamani Akhiri Zaman Bujang Dengan Mengahwini Gadis Idamannya