“Kenapa Dengan Safawi Saja Kena Fikir Masak-Masak?” Gelar Safawi Rashid Playboy, Syifa Melvin Sound Netizen Setepek

Pelakon dan usahawan Syifa Melvin, 26, mengingatkan kepada segelintir pengikut agar tidak menggelarkan bintang muda skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid, 23, sebagai seorang playboy.

Menurut Syifa, dia kenal sifat keperibadian Safawi yang sebenar memandangkan dia antara individu paling rapat.

“Kenapa dengan Safawi saja kena fikir masak-masak? Dengan sesiapa pun kena fikir.
“Tak payah la cakap dia playboy. Awak jaga dulu teman lelaki awak. Tu pun mana tahu dia baik di depan tapi keluar dengan perempuan lain. Mesej dengan perempuan lain.

“Kita jaga teman lelaki masing-masing okey. Saya dengan Safawi jadi saya tahu dia macam mana,” katanya menerusi secara langsung (live) di Instagram (IG).
Dalam pada itu, adik kepada aktres Syatilla Melvin mengingatkan agar tidak sewenangnya menilai Safawi berdasarkan gosip liar yang pernah tersebar sebelum ini.

“Disebabkan gosip-gosip bodoh dua tiga tahun lepas tanpa mengetahui apa-apa, awak semua boleh nilai orang.

“Itu menunjukkan bagaimana diri awak. Macam mana perangai awak. Bila kita bercakap mengenai orang lain sebenarnya kita bercakap pasal diri sendiri.

“Jadi sebelum bercakap apa-apa, sila renungkan dekat diri sendiri,” katanya lagi.

kredit gempak

 

Artikel Berkaitan   Bekas Isteri Abam Dan Ali Puteh Berbalas Saman, Akhirnya Ali Puteh Buka Cerita