“Kepada Pihak Sana, Saya Tidak Akan Maafkan Walau Sebutir Yang Keluar Dari Mulut Anda”- Syafie Naswip

Kontroversi antara pelakon Syafie Naswip dan bekas tunangnya, Aishah Azman cukup menggemparkan industri hiburan. Pelbagai spekulasi liar timbul termasuklah dakwaan Syafie mengasari bekas tunangnya sehingga aktor itu teruk dikecam.

Apa yang berlaku mencalarkan maruah Syafie dan selepas lama berdiam diri, dia akhirnya bangkit untuk menegakkan keadilan.

Syafie menerusi satu kenyataan di akaun Instagram memberitahu dia tidak akan memaafkan pihak yang memfitnah dirinya dan juga netizen yang melemparkan kata-kata kesat.

Terdahulu, pihak pendakwa raya membuat keputusan kes Syafie mendatangkan kecederaan dan mengugut bekas tunangnya adalah Tiada Tindakan Lanjut (TTL) kerana tiada keterangan yang mencukupi dan sekaligus membuktikan dirinya tidak bersalah.

Artikel Berkaitan   Suami Atau Isteri Jangan Cakap 8 Perkara Ini Semasa ‘Bergaduh’ Jika Ingin Rumah Tangga Kekal Bahagia Dan Diberkati Allah..Namun, Ramai Yang Hilang Kawalan Semasa Bergaduh..