Malang tidak berbau. Itu merupakan perumpamaan yang sangat sesuai buat kecelakaan yang terjadi tanpa disedari oleh persekitaran. Hal tersebut ternyata tidak boleh dijangka kerana selalunya berlaku secara tiba-tiba.
Tiba-tiba elektrik terputus
Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pemuda dikenali sebagai DanishDG di Twitter, dia telah memaklumkan bahawa ibu hampir sahaja dihempap dengan kipas siling yang jatuh secara tiba-tiba didalam bilik.
Ketika itu, wanita tersebut sedang menunggu waktu Dhuha untuk menunaikan solat dan tanpa dijangka kipas tersebut jatuh ke bawah.
Kipas betul2 jatuh dekat bantal
Tambah Danish lagi, dia tidak dapat membayangkan apa yang terjadi kepada ibunya jika kipas tersebut jatuh ketika wanita itu sedang tidur atau berbaring di katil. Hal ini kerana kipas tersebut jatuh betul-betul di bantal ibunya selalu gunakan.
Mesti ibu terkejut sangat kan?
Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai diruangan tersebut. Mereka turut mengakui terkejut dengan kemalangan tersebut.
Namun begitu, mereka berasa lega apabila mendapati ibu Danish tidak mengalami sebarang kecederaan dan meminta agar mereka sekeluarga lebih berhati-hati.