Kepantasan ‘Tentera Bawang’ Untuk Mengajar Pembuli Akaun Twitter Permaisuri @Cheminahsayang Berhasil

KUALA LUMPUR – ‘Tentera bawang’ telah mengambil tugas mengajar pembuli siber yang didakwa telah menyebabkan akaun Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dinyahaktif sejak semalam.

Gambar akaun pembuli siber itu telah menjadi tular sejak pagi ini dan telah diulang siar oleh pelbagai akaun di semua media sosial.

Semalam, seorang pengguna laman sosial Twitter didakwa telah memuatnaik ciapan balas pada statusnya yang juga boleh dianggap sebagai perbuatan buli siber sehingga menjadi ciapan berantai yang jelik terhadap ciapan @cheminahsayang sebelum ini yang sering berkongsi aktiviti harian baginda.

Ciapan berantai jelik itu berbunyi: ‘Rimas’, Haha samalah, I dah unfollow, rimas pula, tulis seorang wanita di ruangan balas.

Same, tetiba nak rancak bila masuk istana, PR move sangat, jawab seorang lagi warganet di posting yang sama.

Terdapat lagi komen jelik pada ciapan berantai itu dipercayai menjadi punca akaun @cheminahsayang sudah dinyahaktif sejak semalam.

Penutupan akaun rasmi milik baginda, @cheminahsayang mengundang rasa sedih pengguna laman sosial tersebut yang sering mengikuti perkembangan baginda.

Saya suka tengok Twitter sebab setiap kali buka, mesti ada ciapan daripada Raja Permaisuri Agong @cheminahsayang”.

Saya suka lihat ciapan baginda setiap hari, ia menceriakan hari saya. Kembalilah semula permaisuri kami,” tulis salah seorang pengguna Twitter.

Seorang pengguna Twitter tulis menulis “Berani buat tapi tak berani hadap. Better jangan spread hate on media sosial. Tak suka or so whatever better simpan sendiri“. – K! ONLINE

Akaun @cheminahsayang yang telah dinyahaktif sejak semalam.

(Visited 953 times, 1 visits today)