Kes Semakin Meningkat, Doktor Dari WHO Dedahkan Vaksin Covid19 Mungkin Tidak Akan Ditemui

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meluahkan rasa bimbang apabila vaksin untuk melawan COVID-19 mungkin tidak akan ditemui.

Menurut Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, meskipun usaha mencari vaksin kini dipercepatkan, namun vaksin yang sempurna mungkin tidak akan dijumpai.

Dalam usaha menghentikan penularan virus ini daripada terus merebak, Dr Tedros juga mensarankan agar langkah-langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka, penjarakan fizikal, kerap mencuci tangan dengan air dan sabun serta duduk di rumah sebagai satu langkah yang berkesan.

“Beberapa vaksin kini dalam fasa ketiga ujian klinikal dan kami berharap dapat menemui vaksin yang berkesan supaya dapat membantu dalam mencegah orang ramai daripada jangkitan.

“Namun, pada saat ini, tiada lagi penyelesaian dan mungkin ia tidak akan ditemukan.

“Timbul kebimbangan bahawa mungkin tiada vaksin yang berkesan atau perlindungan yang diberikan hanya akan bertahan beberapa bulan.

“Tetapi kami tidak akan tahu, selagi ujian klinikal tidak selesai,” katanya pada sidang media.

Setakat ini, masih tiada vaksin ditemukan oleh mana-mana pengkaji meskipun jumlah kes dunia telah pun mencecah 18,442,382 kes setakat ini.

kredit era

Artikel Berkaitan   Suami Tunai Hasrat Isteri Nak Sambut Ulangtahun Kedua Perkahwinan Bersama Anak… Tapi Di Pusaranya