Kes SRC: Mahkamah Putuskan Najib Bersalah..

PUTRAJAYA – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah atas satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung dana RM42 juta dari SRC International.

Keputusan disampaikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Keputusan itu dibuat setelah mahkamah mendapati pasukan pembelaan Najibb gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pasukan pendakwaan bagi tuduhan salah guna kuasa.

 

Sebelum ini, Najib, 67, didakwa atas pertuduhan penyalahgunaan kuasa dan didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman hukuman mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai rasuah atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Setakat ini Mohd Nazlan masih membaca enam lagi pertuduhan yang dikenakan ke atas Najib.

Berita Lanjut Menyusul