Kes Tong Gas Bocor Dan Meletup Sering Berlaku, Cuba Tong Anda Dengan Tips Ini

Kata pepatah  ‘malang tidak berbau’. Akan tetapi bagi mereka yang sering menghabiskan masa di dapur tentu sekali-sekala akan berhadapan dengan situasi ‘ yang berbau’. Contohnya bila mendapati, api dapur gas tak menyala tapi tetiba pula terhidu bau gas menusuk kalbu…

Untuk makluman, dalam sifat semulajadi gas tidak mempunyai bau. Bau ‘gas’ yang kita hidu itu sebenarnya ialah bau bahan (gas) lain yang dicampur oleh syarikat pengeluar gas supaya kita dapat mengesan sekiranya berlaku kebocoran gas. Bau yang seakan-akan telur busuk tu, dikatakan tidak merbahaya, dan ia dikenali sebagai ‘mercaptan’.

Sekiranya bau gas tetiba menusuk hidung, maka cepat-cepatlah bertindak… Ianya tak lain tak bukan, disebabkan oleh saluran gas bocor. Err… dalam kes-kes terpencil, mungkin juga disebabkan oleh bau kentut yang seakan-akan bau gas… hihi…

Dalam situasi sedemikian, cara terbaik ialah dengan segera buka tingkap dapur dan rumah supaya gas tu dapat keluar, tutup kepala gas dan pisahkan sambungan paip tu daripada tong gas.

Lepas tu, bila keadaan dah dirasakan selamat dan untuk periksa samada paip atau saluran gas tu dah bocor bolehlah digunakan teknik berikut…

Guna buih sabun

Ambil sabun pencuci basuh pinggan atau sabun basuh baju. Mana-mana pun tak kisah asalkan sabun tu boleh keluarkan buih dengan banyak. Bancuh larutan sabun tu dengan air dan kocak sehingga berbuih.

Lepas tu sapu dengan rata di sepanjang saluran paip gas tadi. Setelah disapu, sambungkan buat seketika, paip gas tadi dan buka gas.

Sekiranya ada kebocoran pada saluran paip tu, ianya boleh dikesan dengan melihat gelembung buih yang terbentuk pada bahagian berkenaan.

Rendam dalam air

Kalau dah kelam-kabut nak cari sabun kat mana, boleh juga cuba cara yang biasa dibuat oleh tukang repair tayar. Sesapa yang gemar naik basikal masa kecik-kecik dulu, dan berpengalaman pergi kedai basikal untuk repair tayar pecah, mesti perasan cara yang dilakukan. Tekniknya senang jer, rendam dalam bekas berisi air. Jika didapati ada gelembung udara dalam bekas air tu, maka sahlah paip tu dah bocor dan kena tukar yang baru.

Tapi ingat, waktu menjalankan ‘ops mengesan kebocoran’ nie, pastikan korang buka tingkap dan pintu luas-luas supaya gas tidak terperangkap dalam rumah. Dan pastikan tiada api yang menyala atau tiada sesiapa yang sedang menghisap rokok berhampiran dengan tempat operasi tu dijalankan.

Hmm.. dan selalunya juga berdasarkan pengalaman, bukan masalah paip tu yang bocor tapi kepala tong gas tu yang ada masalah. Dan dalam banyak keadaan, kepala che petua yang ‘banyak masalah’ hehe.. sebab terlupa nak tutup gas dengan proper setelah digunakan.

(Visited 576 times, 1 visits today)