Kesan Anak Yang Dibiarkan Tidak Dapat Kasih Sayang Ayah. Penting Untuk Ibu Tunggal Faham

Masyarakat sering beranggapan bahawa tugas seorang ayah adalah untuk mencari nafkah untuk keluarga dan tugas seorang ibu adalah mendidik dan menjaga anak. Tetapi perkara itu adalah tidak benar sama sekali. Hal ini kerana seorang anak menginginkan kasih sayang dan perhatian daripada seorang ayah.


Kesan yang tidak baik akan berlaku jika seorang anak yang terasa diabaikan oleh ayahnya. Jom kita lihat perrkongsian menarik tentang kesan yang mungkin berlaku kepada seorang anak jika berasa terabai oleh Dr Taufiq Razif.

  1. Lebih Berisiko Terkena Penyakit.
  • Anak yang kematian ayah atau ditinggalkan ayahnya lebih berisiko hendak terkena penyakit dalam hidupnya. Kenapa? Kajian menunjukkan anak yang ditelantarkan ayahnya sendiri akan mempunyai Telemores yang lebih pendek sebanyak 14% daripada anak yang mendapat sepenuh perhatian dan penjagaan daripada ayahnya.
  • Telemores ini salah satu komponen yang melindungi sel tubuh. Telemores yang pendek dikaitkan dengan kanser dan penuaan.
  1. Rasa Percaya Diri Kurang.
  • Anak yang kurang mendapat perhatian ayahnya biasanya akan mengalami konflik dalaman sehingga menjejaskan rasa percaya diri. Kajian daripada Pennsylvania State University menunjukkan anak yang mendapat perhatian ayahnya mempunyai rasa percaya diri yang lebih kuat.
  1. Lebih Cenderung Dengan Masalah Sosial dan Konflik Dalaman.
  • Anak yang tidak mendapat cukup perhatian daripada ayahnya biasanya akan terlibat dengan gejala sosial dan juga berdepan dengan pelbagai masalah hidup.
  • Fakta :
  • 71% remaja yang berhenti sekolah di US datang daripada rumahtangga yang takde ayah.
  • 63% remaja yang membunuh diri di US pun datang daripada keluarga yang tiada ayah.
  1. Hilang Rasa Percaya Pada Lelaki
  • Jangan terkejut kalau sebenarnya seorang ayah tu mewakili para lelaki di luar sana pada pandangan anaknya sebab itu kebiasaannya anak yang ditinggalkan ayah kandung sendiri akan membenci semua lelaki dan menganggap semua lelaki tidak boleh dipercayai hatta suaminya sendiri.
  1. Kesan pada IQ
  • Kajian daripada University of Newcastle sendiri menunjukkan penglibatan seorang ayah secara aktif dalam membesarkan anaknya sebenarnya boleh meningkatkan IQ anak itu sendiri.

*Seorang ayah hendaklah mengetahui bahawa mencari rezeki untuk keluarga adalah penting tetapi janganlah sampai membiarkan anak kita berasa kurang kasih sayang dan perhatian daripada kita. Seorang anak memerlukan seorang ayah dalam tempoh pembesaran mereka meningkat dewasa.

Dengan perkongsian ini, diharapkan dapat membantu ibu bapa dalam membesarkan dan mendidik anak-anak. Berilah perhatian kepada anak kerana anak adalah sesuatu yang tidak ternilai.

Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini.