“Kesan Apa Ni Dik? Ya Allah Lebam” Ibu Bengang Taksa Tidak Mengaku Mendera Anaknya Yang Masih Kecil

Seorang kanak-kanak lelaki lebam pada anggota badan serta luka di leher dipercayai didera di sebuah taska di Taman Pelangi di sini pada Selasa lalu.

Kejadian menimpa mangsa berusia 20 bulan itu disedari ibunya sebaik mengambil kanak-kanak itu dari taska berkenaan pada pukul 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa berusia 34 tahun pada pukul 9.55 malam hari yang sama.

“Pengadu mendakwa ada kesan lebam seperti dicubit pada belakang badan serta kaki kiri dan kanan anak lelakinya.

“Susulan itu, wanita berkenaan cuba mendapatkan penjelasan dari pihak taska, namun mereka menafikan kejadian itu menyebabkan dia tidak puas hati dan membuat laporan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan, tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini dan seramai lima pekerja taska berkenaan dipanggil bagi merakamkan keterangan.

Menurutnya lagi, mangsa telah mendapat rawatan di Hospital Kajang dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

“Kes disiasat mengikut seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” ujarnya.

Difahamkan, pihak polis juga akan menghantar rakaman kamera televisyen litar tertutup kepada pihak forensik untuk diteliti. – K! ONLINE

Artikel Berkaitan   Padah Terlelap Ketika Merokok, Rumah Hangus Terbakar Di Perlis