“Kesan Lubang Pada Badan Gajah Itu Adalah Tembakan Senjata Api” Pemancing Terkejut Jumpa Gajak Mati Tali Di Leher

Semalam, 25 September 2019, laman Facebook myTawau memuat naik gambar dan video seekor anak gajah yang ditemui mati di tebing Sungai Udin di Tawau, Sabah

Visual yang dimuat naik oleh myTawau itu menunjukkan seekor anak gajah dalam keadaan mati terapung sambil lehernya diikat pada sebatang pokok.

Menurut myTawau, bangkai haiwan itu ditemui oleh sekumpulan pemancing dan ia masih berada dalam sungai dan belum dialihkan.

Bangkai gajah itu juga dikatakan mempunyai beberapa kesan lubang kecil pada bahagian badan, dipercayai telah ditembak

Punca kematian anak gajah itu masih tidak dapat dipastikan. Para pemancing percaya bahawa ia mati sama ada terkena cucukan kayu atau jatuh lemas dalam sungai.

“Sekiranya kesan lubang pada badan gajah itu adalah tembakan senjata api, sememangnya pelaku itu langsung tidak berperikehaiwanan,” kata sumber.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga berkata, dia terkejut dengan penyebaran visual itu dan telah mengarahkan renjer untuk memeriksa ketulenannya

Menurut Tuuga, mereka perlu terlebih dahulu mengesahkan kesahihan maklumat yang disebarkan dan jika pihaknya menemui bangkai itu, Jabatan Hidupan Liar Sabah akan menjalankan siasatan segera terhadap punca kematian.

Selain renjer, doktor haiwan dan pasukan bedah siasat juga akan menuju ke kawasan yang disebut untuk tujuan siasatan, seperti yang dilapor oleh The Star.

Artikel Berkaitan   Tak Siapkan Makanan, Suami Toreh Telinga Isteri Sehingga Meronta-Ronta