Ketahui Jenis Sayuran Antikanser Wajib Kita Amal & Teknik Basuh Sayur Untuk Buang Racun

Penyakit kanser memang cukup kita geruni tapi malangnya ketika ini ramai yang menghidapinya.

Antara punca kanser pula adalah cara pemakanan kita tapi pada masa yang sama sumber makanan juga boleh menghalang sel kanser.

Ini kerana ada jenis-jenis sayuran yang dibuktikan mampu bertindak sebagai antikanser. Perkara ini dijelaskan Dr. Suri Roowi yang juga Pakar Antioksidan MARDI.

Menurut beliau dalam satu sesi temuramah di stesen radio IKIM, ada kajian yang telah membuktikan perkara ini.

4 kategori sayur antikanser

“Kalau rujuk dalam jurnal yang diterbit di Kanada 2009, yang mengkaji kesan sayur pada pertumbuhan sel kanser saintis telah membahagikan jenis sayuran antikanser ini kepada 4 kategori:

  1. Aktiviti antikanser paling kuat iaitu sayur brussel sprouts, kobis hijau, ungu dan kerinting, bawang, bayam.
  2. Aktiviti antikanser yang tinggi iaitu asparagus, brokoli, kobis bunga.
  3. Aktiviti antikanser yang sederhana iaitu saderi, terung.
  4. Aktiviti antikanser yang sederhana iaitu timun, lobak, kentang dan tomato.

Bagi sayur kobis, mungkin tak semua selesa untik mengambilnya. Ada yang mengalami masalah kembung bila makan kobis. Ini disebabkan dalam kobis terdapat gula yang dipanggil raffinose.

Sayuran antikanser. Moga bermanfaat#DrSuriRoowiPrincipal Scientist

Posted by Dr Suri Roowi on Friday, 17 August 2018

Teknik basuh sayur guna garam

Dalam pada itu bagi memastikan sayuran yang kita ambil ini bebas daripada racun yang juga boleh menjadi punca kanser beliau menyarankan kita membasuh sayur dengan beberapa cara.

“Terdapat kajian mengenai teknik pembasuhan sayur yang sesuai. Kita boleh menggunakan cuka. Dengan hanya menggunakan satu sudu cuka saja ketika membasuh sayur kandungan racun pada sayur menurun berbanding menggunakan air.

“Tapi cara terbaik dan termurah adalah menggunakan garam. Masukkan 20gram garam dalam satu liter air untuk membasuh sayur. Rendam selama minit dan bilas. Insya-Allah 95 peratus racun pada sayur akan dikeluarkan.”

Teknik bantu kurangkan racun dalam sayur sehingga 95%#DrSuriRoowiPrincipal Scientist

Posted by Dr Suri Roowi on Thursday, 23 August 2018

Sumber: Facebook Dr Suri Roowi

(Visited 249 times, 1 visits today)