Ketua Cabang PKR Dan 250 Ahli Hilang Kepercayaan Terhadap Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 5 Julai — Sebanyak 250 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ampang termasuk pemimpin peringkat jawatankuasanya mengisytiharkan keluar parti berkuat kuasa serta merta.

Nallan, yang sebelum ini naib ketua PKR Cabang Ampang berkata mereka membuat keputusan itu selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan melihat senario pemecatan dan penggantungan ahli yang berat sebelah sehingga membawa kepada perpecahan parti.

Beliau mendakwa kumpulan yang umum keluar parti hari ini termasuk 13 ahli jawatankuasa cabang, 12 ahli jawatankuasa Angkatan Muda dan sembilan jawatankuasa Wanita telah menyebabkan cabang berkenaan terbubar secara automatik.

“Apabila dua pertiga daripada jawatankuasa yang dipilih (keluar parti), kita ada kuasa untuk bubar PKR Cabang Ampang seperti mana termaktub dalam fasal perlembangaan parti,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Nallan berkata kumpulan itu menyokong penuh kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan akan bergerak menggunakan platform baharu menerusi badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pengerak Komuniti Negara, Nation of Women (NOW) dan Pemuda Negara. — Bernama

kredit projekmm

Artikel Berkaitan   Lelaki Mabuk Ini Bila Polis Minta Lesen Memandu, Dia Bertindak Mengunyah Lesen Tersebut. Ini Respon Polis