Khai Bahar Umum Sah Menjadi “Pasangan” Siti Nordiana Atau Nana?

Impian peminat untuk melihat penyanyi popular, Khai Bahar,25, bercinta dengan rakan artis, Siti Nordiana Alias atau Nana,35, akan tercapai apabila mereka bakal bergandingan pasangan kekasih di dalam sebuah drama tidak lama lagi.

Menurut Nana, idea itu timbul selepas mereka selesai merakam lagu duet pertama mereka bertajuk Satukan Rasa yang bakal menjadi runut bunyi drama rantaian yang akan bersiaran di saluran Astro Ria.

“Saya melihat peluang ini sebagai langkah bonus buat kami mempromosikan lagu Satukan Rasa dan Khai juga sering memberitahu mahu cuba berlakon.

“Namun drama tersebut masih belum mempunyai tajuk kerana semuanya masih dalam proses perbincangan,” jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran muzik video Satukan Rasa di Holiday Villa, Subang Jaya, semalam.

Sementara itu, Khai pula mengakui sebab utama dia menerima tawaran berlakon ini adalah kerana Nana.

Sering menerima doa daripada peminat agar mereka berdua bercinta, Khai berkata mungkin lakonan dia dan Nana di dalam drama mampu merealisasikan impian tersebut.

“Doa jodoh antara saya dan Nana itu saya anggap sebagai perkara yang baik.

“Mungkin jika tidak berlaku dalam kehidupan sebenar, peminat dapat melihatnya dalam drama ini kelak,” ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan   “Melampau Dan Sangat Biadap” Helaian Naskhah Al-Quran Ditemui Berserakan Di Tepi Tasik