Khasiat madu untuk tujuan rawatan perubatan, sememangnya sudah diketahui umum.
Oleh itu, tidak hairanlah mengapa madu lebah sering kali dikaitkan dalam setiap rawatan kesihatan dan kecantikan memandangkan ia dipercayai wujud sejak ratusan tahun dahulu.
Hari ini, madu lebah dianggap sebagai salah satu komoditi penting dalam industri penjagaan kesihatan yang meliputi setiap lapisan masyarakat di setiap peringkat umur.
Malah, dalam al-Quran sendiri turut menyatakan kelebihan madu seperti firman Allah dalam surah Al-Nahl ayat 68 dan 69:
Maksudnya: Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.
Rasulullah juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Quran.
Baginda bersabda: Ambillah atau pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Quran. (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Dalam dunia moden hari ini pelbagai kajian dan konvensyen terbaru diadakan untuk meneliti secara lebih mendalam mengenai khasiat di sebalik cairan kental manis yang dihasilkan lebah ini.
Dalam hal ini, Dr. Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat (AS), pernah menyebut dalam beberapa siri tulisannya madu lebah mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, tiamina, miacin, ribotlorina dan asid pontohenic.
Ia juga mengandungi zat-zat seperti kalsium, zat besi, kuprum, magnesium, manganese, fosforus, potasium, sodium dan zink.
Madu turut mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3. Komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang diperoleh lebah.
Madu berperanan sebagai antioksida dalam badan manusia yang mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik.
Dalam satu kajian lain, pakar mikrobiologi Amerika, Richard F. Stier mendapati komposisi unik kandungan madu lebah juga boleh menjadi agen antimikrob untuk merawat kulit yang cedera akibat kebakaran atau luka.
Ia juga mampu mengelakkan jangkitan berpunca daripada bakteria.
Fakta ilmiah ini turut diakui para ilmuwan yang bersidang pada Persidangan Apikultur Sedunia (World Apiculture Conference) pada 20 hingga 26 September 1993 di China.
Berikut adalah manfaat lain madu :
- Membersih dan membuang segala kotoran yang ada dalam darah.
- Boleh mengendurkan urat-urat yang tegang, tekanan dan kemurungan.
- Boleh menghentikan kesakitan sendi.
- Baik untuk sistem pernafasan.
- Perut dapat menyerap madu dengan mudah dan segera tanpa diproses di dalamnya lebih dahulu.
- Boleh membunuh kuman dan virus dalam darah.
- Membaik-pulih dalaman wanita dan memelihara kesihatan kaum lelaki ataupun menambah keharmonian rumah tangga.
- Berupaya menghilangkan gatal-gatal pada kulit serta merta dan menghilangkan parut luka dengan segera.
- Menjana pertumbuhan otak.
- Mencantik, menghalus, melembab dan mengawal keanjalan kulit.
- Digunakan sebagai ubat sakit perut.
- Menghilangkan kahak.
- Memutih dan menguatkan gigi.
- Madu mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin yang baik untuk kesihatan.
Sementara itu di kalangan penduduk di negeri Terengganu, madu Tualang sememangnya sudah terkenal dan diakui khasiatnya berbanding madu hutan lain.
Sumber: Utusan Online
KHASIAT DAN KEBAIKAN MADU TUALANG ASLI.
Sejak dari dulu lagi, madu lebah telah dijadikan sebagai bahan minuman untuk kesihatan. Oleh yang demikian, pengamalan madu lebah boleh memberikan khasiat kepada pengamalnya. Pengamalan madu lebah asli yang berterusan dapat mencegah penyakit kepada pengamal madu lebah asli. Dengan izin ALLAH di antara penyakit yang dapat dicegah dengan mengamalkan pengambilan madu lebah asli adalah:
– Asma – Haid – Resdung
– Alahan – Jerawat – Rambut gugur
– Barah – Letih – Sakit kepala
– Buasir – Lendir kahak – Sakit pinggang
– Batuk kering – Lemah jantung – Sakit sendi
– Batuk – Mata – Sukar tidur
– Darah Tinggi – Pening
– Gastrik – Penyeri muka
Selain penyakit di atas, masih banyak lagi khasiat madu lebah yang perlu kita ketahui. Khasiat madu lebah yang perlu diketahui adalah:
Madu lebah dapat menambahkan stamina dan membekalkan tenaga
Madu lebah boleh dijadikan sebagai sumber tenaga
Madu lebah dapat meningkatkan metabolisme tubuh
Madu lebah mengandungi agen antioksidan yang boleh mengurangkan aktiviti yang memusnahkan sel
Madu lebah dapat melancarkan peredaran darah
Madu lebah dapat melancarkan sistem pencernaan
Madu lebah dapat meningkatkan semangat seksual atau tenaga batin
Madu lebah juga digunakan sebagai mengubati luka-luka
Madu lebah sesuai untuk kecantikan dan menjadikan kulit lebih licin dan halus
A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.
B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat jantung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.
2. REMAJA:
a) membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.
3. WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.
5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
a)Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)
6. UNTUK SEMUA:
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.
7. IBU MENGANDUNG
a) Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
B) Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.
8. ANAK DALAM KANDUNGAN
a) Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman.
b) Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
c) Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu asli.
d) Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
e) Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.
9. BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
a) Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
b) Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
c) Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
d) Mengelak dari kembung perut bayi.
10. BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
a) Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perut atau rahim.
b) Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.*
Semoga bermanfaat. jangan lupa share ya. – KartelDakwah