Khasiat Ikan Haruan Dalam Bidang Perubatan; Mengecutkan Luka Selepas Bersalin Secara C Sec

Nampak Menggelikan Tapi Ikan HARUAN Ada Banyak Khasiat – Dr Faroukh Musa

Menurut Dr Ahmad Faroukh Musa dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Jeffrey Cheah, Universiti Monash, Malaysia, dakwaan yang mengatakan diet ikan adalah baik untuk kesihatan memang menunjukkan perbezaan ketara. Kebaikannya bukan hanya khusus untuk kanak-kanak, tetapi juga untuk pesakit yang baru menjalani pembedahan jantung!

Ikan tempatan memperlihatkan keajaiban dalam bidang perubatan

Biarpun ikan baik untuk kesihatan namun yang paling menyerlah khasiatnya adalah Channa Striatus atau lebih dikenali sebagai ikan haruan di Asia.

“Walaupun tanpa bukti kajian, telah lama diketahui bahawa pesakit yang memakan haruan selepas menjalani pembedahan cenderung sembuh lebih baik dan cepat. Untuk mempelajari sebabnya, kami telah menjalankan kajian saintifik mengenai penyembuhan luka selepas pembedahan pintasan graf arteri koronari,” kata Dr Musa.

Kajian rawak yang terkawal melibatkan pemantauan prestasi dan kadar penyembuhan pesakit yang diberi pil ekstrak haruan diakui mendatangkan hasil menakjubkan. “Ternyata kisah nenek moyang turun-temurun ada benarnya. Ekstrak haruan ketara mempercepatkan proses penyembuhan luka. Ekstraknya juga mempunyai kesan anti-nosiceptif yang membantu mengurangkan rasa sakit. Pesakit akan rasa lebih selesa dan kurang tertekan serta pulih lebih cepat,” tambah Dr Musa.

Apa itu Haruan?

Haruan yang juga dikenali sebagai ikan gabus adalah karnivor air tawar. Haruan memakan ikan lain yang lebih kecil dan kadangkala katak turut menjadi habuannya. Oleh kerana ia adalah ikan air tawar, ia sering boleh ditemui di kawasan-kawasan tasik d4n sungai.

Ia juga boleh diternak. Namun tidak sebegitu popular di Malaysia sepertimana usaha penternakan Keli atau Tilapia. Situasi ini mungkin akan berubah apabila hasil kajian Universiti Monash tentang ekstrak haruan dikomersialkan untuk aplikasi nutraseutikal.

Kebiasaannya, wanita selepas bersalin terutamanya yang melalui pembedahan C Sec ak4n mengambil pati haruan untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka pembedahan. Melalui kajian yang dijalankan ini, ternyata haruan bukan sahaja boleh dinikmati oleh wanita selepas bersalin, malah ia juga berkesan untuk beberapa penyakit lain.

Kenapa ekstrak Haruan berfungsi?

Ekstrak haruan mempunyai kandungan khasiat tertentu yang membantu penyembuhan luka. Haruan mengandungi glisin, asid amino penting yang diperlukan. Ia juga mempunyai asid arakidonat dan asid lemak tak tepu pada tahap yang tinggi yang menghasilkan kesan anti-radang dan menggalakkan sintesis prostaglandin, penting dalam membantu badan menangani kerosakan atau jangkitan tisu. Ia juga menggalakkan pembentukan semula kolagen melalui sintesis sambung-silang inter dan intramolekul protein. Ini menghasilkan peningkatan ketara dalam kekuatan tegangan yang menyegerakan penyembuhan luka. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH via nona.MY

 

 

 

(Visited 60 times, 1 visits today)