Kisah peristiwa Hadithul Ifqi adalah kisah fitnah yang terbesar yang berlaku di zaman Rasullulah dan juga di dalam sejarah dunia islam. Apatah lagi peristiwa ini melibatkan keluarga Rasullulah saw. Kisah ini berlaku kepada isteri kesayangan Rasullulah saw iaitu Saidatina Aisyah ra yang telah difitnah pada ketika itu. Fitnah atau gosip yang diperkatakan pada ketika itu sedikit sebanyak mempengaruhi dan memandang buruk pada beliau apatah lagi melibatkan isteri kesayangan Baginda dengan seorang sahabat Rasullulah saw yang bernama Safwan bin Mu’attal.
Begitulah cekal dan tabahnya Saidina Aisyah menerima berita itu dengan hati terbuka dalam menerima dugaan Allah swt. Kesan peristiwa ini telah memberikan kesan kepada Rasullulah saw dan menimbulkan keraguan untuk mempercayainya . Sehingga Allah swt telah menyucikan dan membersihkan nama Saidatina Aisyah dengan turunnya ayat Allah(surah an-nur ayat 11)
Kisah ini bermula apabila perang Bani Mustaliq atau Muraisi’ berlaku pada bulan Syaaban tahun ke 5 Hijrah ada riwayat yang mengatakan perang ini berlaku pada 2 Syaaban tahun ke 6 Hijrah .
Peristiwa ini berlaku apabila perang selesai dan dalam perjalanan ke kota Madinah.
Maka Rasullulah saw pun mengerakkan angkatan tentera islam ke Kota Madinah. Padahal waktu itu, sedang matahari terik berdiri di atas kepala. Ia adalah satu langkah yang amat bijak diambil oleh Rasullulah saw. Baginda berjalan-jalan bersama-sama para sahabat Baginda sehingga benar-benar letih dan berehat. Kerana sangat letih Baginda tertidur dengan nyenyaknya. Rasullulah saw dan angkatannya seramai lebih kurang 1,000 orang berehat disuatu tempat, yang jaraknya kira-kira satu malam perjalanan untuk ke Madinah. Oleh kerana keletihan, pada malam itu Saidina Aisyah telah keluar daripada “sekedup” untanya kerana hendak berhadas kecil. Lalu tanpa memberitahu sesiapapun dia terus keluar daripada “sekedup” dan pergi agak jauh.
Ketika sebelum kembali ke rombongan Rasullulah saw Saidatina Aisyah mencari-cari kalung jenis manik Yaman kepunyaan Asma, kakaknya yang dipakai dilehernya tercicir. Apabila Saidatina Aisyah kembali ke rombongan Rasullulah saw didapati rombongan angkatan tentera itu telah pergi meninggalkannya. Namun, Saidatina tidak berputus asa dan berharap agar rombongan angkatan tentera suaminya akan datang mencarinya dan mengambilnya di situ. Ketika menunggu itulah Saidatina Aisyah merasa sangat letih dan tertidur diatas pasir.
Menjelang Subuh, tiba-tiba datang seorang sahabat nabi yang sengaja ditugaskan berjalan dibelakang rombongan tentera islam yang bertujuan berjaga-jaga jika ada barang yang tercicir atau serangan balas musuh daripada belakang bernama Safwan bin Mu’attal as-Sulami.
Safwan bin Mu’attal as-Sulami telah mendekati saidatina Aisyah yang sedang terbaring menyelubungi seluruh badannya. Ini kerana kerana sebelum turun ayat hijab, safwan pernah melihat wajah Saidatina Aisyah sekali.
Safwan bin Mu’attal as-Sulami merasa terkejut dan hairan melihat Ummul Mukminin yang tidur seorang diri tanpa berkata apa-apa hanya kalimah istijrah iaitu kalimah ‘innalillahi wainna illahi rajiun’.Tujuannya Safwan bin Mu’attal as-Sulami berkata demikian supaya Saiditina Aisyah terjaga. Memang benar ucapan Safwan bin Mu’attal as-Sulami menyebabkan Saiditina Aisyah terjaga sambil bangun dan menutup wajahnya. Safwan bin Mu’attal as-Sulami menarik unta sambil mengarahkan agar saidatina Aisyah menunggang untanya itu. Kemudian Safwan memalingkan mukanya ketempat lain.
Begitulah waraknya Safwan ketika dia berdua-duaan dengan Saiditina Aisyah pada malam itu.
Tiada lagi apa-apa percakapan di antara Saidatina Aisyah dengan Safwan selain perkataan istirja itu sahaja. Safwan menarik unta itu dengan cepat untuk mengejar angkatan tentera islam. Dia sempat bertemu dengan angkatan tentera islam sebelum memasuki Kota Madinah tetapi waktunya sudah tengahari.
Pada mulanya mereka tidak merasa apa-apa kerana hati mereka ikhlas dan Rasullulah saw tidak memikirkan perkara yang bukan-bukan terhadap isteri Baginda dan sahabat Baginda itu sehingga Rasullulah saw dapat menyelesaikan pembahagian ghanimah bani Mustaliq dan juga dapat melangsungkan perkahwinan dengan Siti Juwairiyah binti al-Harith . Tetapi peristiwa itu mula diperkatakan oleh kaum munafik yang suka merosakkan rumahtangga Rasullulah saw yang dketuai oleh Abdullah bin Ubai. Beliaulah yang memburukkan peribadi Saidatina Aisyah dengan Safwan.
Sebaik sahaja tiba di Madinah, Saidatina Aisyah demam dan tinggal dibiliknya sahaja tanpa keluar ke mana-mana. Ketika itulah fitnah atau gosip memburukkan Saidatina Aisyah menular yang mana sebenarnya fitnah itu pada mulanya hanya bermain di bibir Abdullah bin Ubai .
Kemudian berita itu mempengaruhi 3 sahabat lain iaitu Hisan bin Thabit , Mistah bin Usasah dan Hamnah binti Jahsyi. Walaupun sahabat Nabi (selain dari 3 orang ini) tidak turut memperkatakan tentang fitnah itu tetapi mereka telah turut terpengaruh memberi perhatian kepada fitnah itu. Setidak-tidaknya hati mereka telah turut terpengaruh memberi perhatian tentang fitnah walaupun hati mereka menepis . Bagi penduduk Madinah tidak dapat lenyap daripada desas-desus fitnah jahat itu.
Akhirnya cerita itu sampai ke pengetahuan Rasullulah saw dan baginda tidak percaya bahawa isterinya membuat perkara sekeji itu. Mustahil mereka yang soleh dan bertakwa itu tergamak melakukan perbuatan keji, sedikit sebanyak perasaan sedih melanda juga jiwa Rasullulah saw. Baginda merasakan tempias fitnah itu, ini kerana fitnah itu melibatkan isteri yang paling baginda sayangi.
Oleh kerana Saidatina Aisyah demam dan tidak tahu menahu tentang fitnah itu dan merasa hairan melihat Rasullulah saw melayan dirinya lain daripada biasa. Dengan rasa pilu, Rasullulah saw mengizinkan Saidatina Aisyah untuk pulang ke rumah ibu bapanya. Setelah sembuh dari demam Saidatina Aisya telah keluar untuk berhadas besar bersama-sama dengan ibu Mistah bin Usasah yang juga adalah sanak saudara ayahnya. Setelah selesai dalam perjalanan pulang kaki ibu Mistah telah tersangkut sehingga dia terjatuh lalu menyumpah anaknya Mistah.
Saidatina Aisyah terkejut dan berkata:”Mengapa engkau mencaci lelaki yang turut berperang di Badar?”
“Adakah engkau belum mendengar tentang fitnah dirimu?” sangah ibu Mistah.
Saidatina Aisyah terkejut dan sedih sekali apabila mendengar cerita ibu Mistah tentang fitnah itu dia pulang dan bertanya kepada ibunya Ummu Ruman.
Lalu Ummu Ruman mencerita perkara yang berlaku, wajah Saidatina Aisyah murung sekali. Air matanya mulai mengalir deras membasahi pipi sehingga semalam dia tidak dapat tidur.
Rasullulah saw amat sedih memikirkan perkara yang sedang menimpa isterinya itu. Sukar baginda untuk menyelesaikannya, wahyu belum turun untuk memberitahu cerita sebenarnya. Namun, baginda yakin isterinya tidak melakukannya kerana Aisyah adalah isteri yang disayangi dengan sebab itu Rasullulah saw merasa cemburu. Namun, akhirnya kesucian Saidatina Aisyah benar-benar terserlah setelah Allah membersihkan nama Aisyah dengan turunnya wahyu Allah.
Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).
(surah an-nur ayat 11)
kredit mselim