Kisah Gadis Tolak Tawaran Designer, Pulang Ke Kampung Semata-Mata Nak Jadi Tukang Kebun Sayur

Setiap orang memiliki jalan hidup tersend1ri dan mereka yang tidak pernah putus asa akan berjaya dalam hidup serta yakinlah rezeki berada di mana-mana sahaja.

Kisah Nuraishah Shamsuddin berumur 27 tahun ini mungkin boleh dijadikan sebagai inspirasi untuk anak muda di luar sana untuk tidak takut membuat keputusan agar dapat merasa bahagia.

Beliau berkongsi kisahnya melalui Twitter dan mendapat perhatian daripada netizen. Ikuti perkongsian beliau yang mungkin akan buka minda anda di luar sana dan sentiasa melakukan perkara yang membuatkan anda gembira. Ayuh, kita mulakan!

7 months ago I ditch my designer career, go back home and live a simple life. I’m 27, I have no debt, I drive Perodua, I live with my mak and a cat, Copot, I go to kebun every morning till noon, I sell organic veggies for a living. Less is more. I’m happy with my current life. pic.twitter.com/6oM1AhWbWQ

— نورأيشه شامسوددين (@Nuraishams) April 2, 2020

Menurutnya, rutin hariannya kini hanyalah pergi ke kebun setiap pagi dan menjual hasil tanamannya iaitu sayur-sayuran untuk mencari sumber pendapatan. Walaupun hasil pendapatannya tidaklah banyak tetapi beliau bahagia dengan kehidupannya saat ini.

Tambahnya lagi, sejak beliau mulakan langkah menjadi petani dengan berbudi pada tanah membuatkan beliau rasa bersyukur, berasa lebih sihat, dan paling utama gembira.

At this point, I don’t even care anymore if all companies turn down on every of my applications. But if i get any, I’d be very grateful. For the time being, I will occupy every minutes that I have for my kebun. Who knows one day I will have my own workers 😁

— نورأيشه شامسوددين (@Nuraishams) April 2, 2020

Artikel Berkaitan   Video Kucing Derita Dakit Dalaman, Terpaksa Seret 2 Kaki Belakang Untuk Berjalan, Gadis Ini Kutip Sumbangan Undang Sebak Netizen

Nuraishah ketika dihubungi mengatakan bahawa bukanlah mudah untuk beliau menguruskan kebun tersebut kerana boleh dikatakan 95% kerja di kebun diuruskan olehnya send1ri. Hanya kadangkala kerja-kerja kebun akan dibantu sedikit oleh sukarelawan.

Untuk pengetahuan anda, Nuraishah mula untuk berkebun selepas beliau berhenti kerja sebagai seorang pereka secara freelance. Beliau yang menanti peluang pekerjaan ketika berada di kampungnya di Teluk Intan membuatkan beliau mengisi masa lapang dengan berkebun.

Kebun life is t1ring. But it’s always fun and rewarding. Kailan ikan masin, tilapia gulai tempoyak, sambal ikan bilis, jantung pisang rebus & telang lemon(not in photo) for today’s lunch. pic.twitter.com/BBZlxOQGlT

— نورأيشه شامسوددين (@Nuraishams) October 16, 2019

Siapa sangka hanya dengan mengisi masa lapang dan minat, kini ia menjadi punca rezeki beliau. Apabila ditanya tentang perancangan masa depannya, beliau mengatakan bahawa beliau ingin membesarkan kebunnya, anjurkan kelas tentang tanaman dan memberikan pengetahuan kepada orang ramai tentang sustainable living.

Akhir kata, beliau mengatakan jika anda minat terhadap sesuatu, anda harus teruskan dan tidak berputus asa. Lama-kelamaan usaha titik peluh anda akan membuahkan hasil yang tidak disangka-sangka.

Dih4rap perkongsian ini akan membuat anda tidak putus asa dalam mengejar impian dan yakin rezeki berada di mana-mana.

kredit satkoba