Kita Ramai Tidak Tahu, Pemandu Dedah Besi Penghadang Jalan Umpama Pisau Yang Sedang Menunggu Mangsanya

Kita mungkin sudah biasa melihat penghadang jalan raya atau lebih dikenali sebagai ‘guardrail’ yang berfungsi pemisah antara kenderaan sama ada dari arah berlainan atau arah yang sama.

Namun tahukah anda, penghadang jalan ini juga boleh mendatangkan bahaya kerana ia boleh diibaratkan sebagai ‘pisau di jalanan’?

Banyak juga kes kemalangan yang pernah berlaku adalah berpunca daripada perlanggaran dengan penghadang jalan, seterusnya menembusi kenderaan sehingga mendatangkan maut.

Seorang pengguna Twitter, Faisal Rahim (@acaiijawe) baru-baru ini turut berkongsi kisah bahayanya penghadang jalan jenis ini khasnya kepada pengguna motorsikal.

Menurut beliau, pernah berlaku kes penunggang motorsikal yang membawa anak lalu bergesel dengan kenderaan lain, menyebabkan terjatuh kepada penghadang jalan seperti ini. Anak tersebut juga dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menjengah ke ruangan komen, @emyrul_i telah berkongsi penghadang jalan yang digunakan di Korea, iaitu jenis roller yang berfungsi mengurangkan impak kemalangan seterusnya lebih selamat kepada pengguna jalan raya.

Selain itu, ada juga cadangan lain yang boleh menyelamatkan nyawa pengguna jalanraya yang dicadangkan oleh warganet.

Apa pendapat anda?

Artikel Berkaitan   “Ini Bukan Glowing Dik, Aku Pun Tak Nak Kulit Macam Ni” Gadis Kulit Muka Terlalu Berkilat Sampai Netizen Naik Risau

Sumber: Twitter