KKM Mengesahkan Menteri Khairuddin Aman Razali Dikenakan Kompaun RM1,000

KEMENTERIAN Kesihatan mengesahkan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dikenakan kompaun RM1,000 atas kesalahan melanggar perintah kuarantin.

Di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342), kerajaan mewajibkan semua individu yang baru tiba dari luar negara termasuk warganegara dan warga asing untuk menjalani kuarantin wajib selama 14 hari sebagai langkah mengekang penularan Covid-19.

“Mohd Khairuddin melakukan kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 [Akta342].

“Disebabkan Mohd Khairuddin gagal mematuhi peraturan di bawah akta terbabit, Pegawai Diberi Kuasa (PDK) sudah mengeluarkan kompaun sebanyak RM1,000 kepada beliau pada 7 Ogos lalu dan beliau sudah membayar kompaun berkenaan,” katanya dalam kenyataan di Putrajaya, hari ini.

Menurut kenyataan berkenaan, Mohd Khairuddin pulang ke negara ini dari Turki pada 7 Julai lalu dan sampel kali pertama sudah diambil pada hari yang sama dan didapati negatif.

“Ujian saringan Covid-19 kali kedua dan ketiga juga menunjukkan keputusan negatif,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok ketika persidangan Dewan Rakyat mempertikaikan mengenai tidakpatuhan arahan kuarantin oleh Mohd Khairuddin.

kredit harian metro

Artikel Berkaitan   “Tak Usah Layan Lagi Artis Malaysia Ya. Nanti Kalau Perlukan Bantvan Ke, Jangan Cari Artis Malaysia”- Adibah Noor