KKM Sahkan 19 Kematian Angkara Covid-19 Di Malaysia Setakat Ini

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kematian akibat jangktan COVID-19 di Malaysia kini meningkat kepada 19 kes.

Dua lagi kes terbaru melibatkan kes kematian ke-18 yang merupakan warga tempatan berumur 56 tahun dan mempunyai penyakit kronik. Beliau dirawat di Hospital Sultan Ismail Johor dan dilaporkan meninggal dunia 23 Mac 2020 jam 2 pagi.

Manakala kematian ke-19 melibatkan wanita tempatan berumur 68 tahun yang dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail dan disahkan meninggal dunia pada 25 Mac jam 12.53 pagi.

Terdahulu, kematian kes ke-17 telah dilaporkan oleh KKM pada 25 Mac jam 4.10 pagi, melibatkan warganegara Malaysia berusia 66 tahun dan mempunyai beberapa penyakit kronik.

Dalam perkembangan lain, 172 lagi kes baru dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,796 kes termasuk 199 kes yang telah sembuh.

Sumber: Era