“Kluster Kayangan” Maki-Maki, Tak Hormat Orang, Tak Boleh Susah Sikit. Doktor Dedah Golongan Yang Menyusahkan Para Frontliner

Nampaknya isu kluster kayangan menjadi topik hangat beberapa hari ini. Bukan satu atau dua kes sebaliknya lebih kes yang dikaitkan dengan golongan mereka ketika ini.

Terbaru seorang petugas perubatan, Dr Ahmad Samhan menerusi Facebooknya turut berkongsi kisah angkuh dan biadap seoarang lagi pesakit dari kategori ini yang padanya langsung tidak memberi kerjasama kepada para frontliner yang sedang bertugas.

Menurutnya lagi sikap mereka membuktikan mereka memang kluster ‘kayangan’ seperti yang digembar-gemburkan kerana begitu mendongak ke langit sehingga telupa berpijak ke bumi.

Dr Samhan Foto : FB Dr Samhan

Ikuti perkongsian Ahmad Samhan di bawah :

“ You jangan main-main dengan i. You tak kenal siapa i”

“ Berapa kali saya nak terangkan. Encik kena sabar”

“ Oh, you tinggi suara ya? Nama apa? I’ll call my lawyer. Aku nak cakap dengan pengarah hospital sekarang!”

Bukan senang nak uruskan pesakit yang tak faham bahasa. Semua dia nak cepat. Dah terbiasa dengan layanan VVIP. Dari tadi diperhatikan. Mundar mandir seperti cacing kepanasan.

Siap hisap VAPE

Suruh duduk dan tunggu giliran tak mahu. Mahu terus dilayan. Padahal ramai lagi orang lain yang datang lebih awal untuk disaring. Suruh jaga jarak, dia siap ajak member lain vaping sekali. Bukan tak tahu,kawasan hospital tak boleh hisap rokok.

Bila dilarang, “Bukan hisap rokok,vape lah!”

Mereka memang kluster dari kayangan. Tak pernah hidup susah. Tak pernah jadi miskin. Itu yang mendongak ke langit. Lupa nak berpijak ke bumi.

Dah kata jangan keluar negara. Tapi semua penerbangan ke luar negara penuh. Bila pulang bawa virus. Sekarang kerajaan suruh buat saringan dan kuarantin di pusat kuarantin, banyak pula dia komplen. Tandas busuk lah. Bilik takda aircond lah. Makanan tak sedap lah.

Artikel Berkaitan   7 Perkara Yang Tidak Disukai Manusia Ketika Imam Mahdi Datang Nanti. Adakah Anda Sudah Bersedia

2-3 orang sudah macam 1000 orang

Susah nak beri kerjasama. Mereka ini tak perlu ramai. Ada 2-3 orang yang perangai begini dah pening kepala. Rasa macam handle 1000 orang. Hina staff kesihatan macam takda maruah. Nak tunjuk dia ada kabel besar, boleh dapat layanan istimewa. Tolonglah!

Nak aja beritahu covid, “ Weh, kau jangan masuk badan orang kayangan. Jangan masuk badan siapa-siapa pun. Kalau nak masuk juga, kami rela kau masuk kluster tabligh”

Puji golongan tabligh, walaupun ramai tapi begitu senang diuruskan

Tak pening kepala. Kluster paling mudah beri kerjasama. Walaupun ramai, tapi tak susah nak handle. Mereka dengar arahan. Jaga jarak. Sabar tunggu giliran dan tak merungut.

Ada siap tanya khabar. Tanya doktor dah makan atau belum. Bila kita beri arahan,mereka ikut. Sebab mereka diajar untuk taat.

Bila di kuarantin, ramai staff kesihatan terkesan melihat mereka. Al quran jadi teman. Solat awal waktu. Tiap kali doktor buat rondaan, mereka doakan. Doktor yang letih pun jadi kuat.

Cuma kami pinta beri kerjasama

Foto : YAM

Ini luahan salah seorang sahabat saya sebagai frontliner yang menguruskan kluster dari kayangan.

Kami merawat tak kira bangsa,agama dan jantina. Semua sama. Cuma apa kami pinta beri kerjasama. Itu saja.

Sebab virus ini tak kenal siapa. Yang kaya,yang miskin, semua ada risiko untuk kena. Ingat, kita hidup didunia tak lama. Akhirnya, ke tanah juga.

Kongsikan cerita ini pada orang lain sebab masih ramai yang tak beri kerjasama pada petugas kesihatan.

kredit buzzkini