Kongsi Photo Kahwin, Ramai Teruja Tengok Anjou Cantik Bertudung Litup, Mertua Pun Terima Seadanya

Pelakon, Zarina Anjoulie merupakan salam seorang selebriti yang disenangi ramai meskipun bersuara lantang namun sikapnya yang tidak hipokrit malah baik hati kepada orang ramai membuatkan dia semakin mendapat perhatian umum.

Sedia maklum, Zarina atau turut mesra disapa Anju sering berkongsikan aktiviti-aktiviti yang dilakukan bagi membantu orang sekali gus membuatkan warganet suka mengikutinya dilaman sosial Instagram dimana kini telah mencecah ribuan followers.

Walau bagaimanapun, apa yang membuatkan orang ramai tumpang gembira dengan pelakon ini apabila dapat melihat selebriti yang memiliki seorang anak ini bahagia bersama suami.

Pada Julai lalu, Zarina selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan, Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas sekali gus membuatkan warganet juga seronok melihat pasangan ini.

Kedua-duanya yang aktif memberikan bantuan ketika musim PKP lalu ini menerima doa-doa baik daripada peminat mereka.

Terbaru, selepas majlis akad nikah yang diadakan pada Julai lalu dan pada hari ini dilihat bahawa pasangan ini melangsungkan majlis persandingan pula dan ternyata Zarina turut memuat naik moment bahagia tersebut kepada umum.

View this post on Instagram

Kena la over ! ❤️

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on

View this post on Instagram

Sesiapa yg berminat nak cari the best photobooth in the world boleh cari @by.ayujasryn ❤️

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on

Sama cantik, sama padan!

Setiap perkongsian tersebut ternyata dalam masa yang sekejap meraih ribuan tanda suka daripada peminat dan mereka juga tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan pelbagai reaksi terhadap pasangan ini diruangan komen.

“Cantikkkk”

kredit HCL