Korban Pertama Virus Covid-19, Keluarga Sebak Hanya Mampu Melihat Dari Jauh Sahaja Mayat Dikebumikan

JOHOR BAHRU – Jenazah lelaki warga tempatan yang merupakan antara dua kes kematian pertama akibat penularan wabak Covid-19 di negara ini selamat dikebumikan di sebuah tanah perkuburan Islam di sini pada kira-kira jam 9 malam.

Jenazah lelaki berusia 34 tahun itu, tiba dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada jam 8.16 malam.

Pada 8.45 malam, kira-kira 10 lelaki berpakaian lengkap dengan peralatan perlindungan peribadi (PPE) mengangkat jenazah yang telah siap dikapankan menggunakan pengusung hospital.

Tidak seorang pun dibenarkan menghampiri kawasan perkuburan sehingga selesai pengebumian termasuk pihak media.

Lelaki itu mengalami gejala demam mulai 5 Mac lalu sebelum mendapat rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru pada 12 Mac setelah dikesan positif Covid-19.

Keadaan kesihatannya didapati merosot dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi sebelum disahkan meninggal dunia hari ini.- Bernama

Artikel Berkaitan   Pertama Kali Nampak, Babun Culik Anak Singa Lepas Tu Jaga Macam Anak Sendiri