Rayakan sebulan, jadi hari minggu pasti sudah dipenuhi dengan jemputan rumah terbuka, lebih seronok lagi apabila pergi berhari raya bersama dengan rakan-rakan.
Sudah menjadi satu kewajiban, pergi beraya tidak sah jika tidak bergambar beramai-ramai, tetapi buat sekumpulan pelajar multimedia, mereka telah membuat satu kelainan dengan gambar raya mereka.
Edit sampai takde kepala…
Menerusi satu Tweet pengguna dengan nama Aimang, telah berkongsi beberapa keping gambar raya sekumpulan pelajar tersebut dengan hasil suntingan yang boleh dikatakan agak lain daripada yang lain.
Gambar tersebut telah disunting memaparkan badan mereka tanpa kepala dengan memegang kepala masing-masing, telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
Kreatif tak bertempat…
Namun, hasil kreativiti mereka telah menerima kecaman kerana dikatakan terlalu keterlaluan apabila ada yang menyifatkan gambar yang disunting kelihatan agak seram.
Sumber : Aimang