“Krim Timbang Macam Ni La Yang Korang Beli Mahal-Mahal Tu, Macam Nak Buat Kuih Dah, Siap Gaul Pakai Mixer Dapur Lagi”

Krim kilo atau turut diberi gelaran krim timbang adalah produk kecantikan yang dihasilkan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan dalam penghasilannya. Kebiasaannya ia dibuat di rumah tanpa ujian dari makmal yang boleh merosakkan kulit kepada pengguna. Malah krim kilo ini juga tidak dapat kelulusan dari pihak berwajib.

Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan seorang gadis didakwa sedang mengadun krim kilo. Video gadis didakwa hasilkan krim kilo itu pada asalnya dimuat naik di Tiktok dan kemudiannya dikongsikan di Twitter. Dalam rakaman yang menjadi tumpuan ramai itu, kelihatan gadis tersebut sedang mengadun seakan krim tersebut di dalam satu bekas besar. Berikut adalah perkongsian tersebut:

Video viral gadis didakwa hasilkan krim kilo ini telah meraih lebih 395 ribu tontonan dan 6,600 retweets serta 5,500 likes. Selain dari video ini, beberapa rakaman lain gadis tersebut turut dikongsikan oleh warganet di ruangan komen tweet tersebut seperti berikut:

Selain dari perkongsian tersebut, rata-rata warganet lain meluahkan reaksi mereka mengenai perkongsian tersebut di ruangan komen seperti berikut:

kredit HCL

Artikel Berkaitan   Penggunaan Minyak Masak Sebenarnya Ada Cara! Tersalah Cara Boleh Mengundang Pelbagai Penyakit