Kucing Menangis Kegembiraan Kerana Diberikan Makanan

Anak kucing yang lapar dan keletihan ini akhirnya menemui manusia yang berhati mulia untuk memberikannya makanan, kasih sayang dan perhatian yang amat diperlukan.


Apabila lelaki itu mahu memberikannya makanan, ia mula membuat bunyi yang menakjubkan.

Nampaknya, kucing itu mempunyai cara yang tersendiri untuk mengucapkan terima kasih kepada manusia yang baik hati itu.

Melalui reaksinya kita boleh tahu yang ia dalam kelaparan.

Syukur, ada lelaki yang baik hati memberikannya makanan.

Lelaki tersebut berkata: “Kucing ini selalu berada di bawah tanah bangunan garaj saya. Saya memberikannya makanan kerana ia seperti dalam kelaparan, saya tidak tahu ia akan berterima kasih dengan bunyi yang menakjubkan itu. Selepas ini ia akan menjadi perkara biasa, saya akan melihatnya setiap hari dan sentiasa memberikannya kasih sayang yang sepatutnya ia terima.”

Sumber: www.erabaru.com.my