Kucing Terlalu Lapar Tidak Makan, Wanita Cerita Deraian Air Mata Si Kucing Jatuh Buat Dia Turut Sama Menangis

Sedih bila mendengar kes-kes kekejaman terhadap haiwan jalanan yang semakin menjadi-jadi. Meskipun hukuman dikenakan, ia seolah-olah tidak memberi kesan kepada orang lain agar tidak menyiksa haiwan yang tidak bersalah ini.

Haiwan yang tidak bertuan pasti susah untuk mencari makanan sendiri, selain tempat untuk berlindung. Ada kalanya mereka makan sekali sehari, dan ada juga mereka berlapar hingga berhari-hari lamanya.

Seorang pengguna Facebook, Balinda Arifin telah berkongsi kisah sedih apabila beliau memberikan makanan kepada seekor kucing yang sedang kelaparan.

Allahuakbar menitik airmata bila tgk dia mkn sambil menangis.. Selalu saya bg mkn kucing kt bwh apartment tp kucing ni x…

Posted by Balinda Arifin on Isnin, 20 Julai 2020

Mana tidaknya, kucing berkenaan dilihat mengalirkan air mata apabila dapat merasa makanan, mungkin sudah berhari-hari ia dalam keadaan kelaparan.

Ia sekaligus menyebabkan wanita ini serta suaminya menangis sama, mengenangkan nasib kucing jalanan itu.

Hantaran wanita ini juga menjadi tular di Facebook, yang turut mendapat perhatian orang ramai yang bersimpati dengan keadaan kucing berkenaan.

Dikesempatan ini, orang ramai diingatkan agar tidak berlaku kejam terhadap hidupan, termasuklah haiwan dan alam sekitar.

kredit zayan

Artikel Berkaitan   Solat Jumaat Pertama Di Hagia Sophia Lebih 60 Tahun Ia Dihentikan Gara-Gara Masjid Bertukar Jadi Muzium