Kuih Ni Selalu Min Jumpa Kat Kelate, Betul Ke Kat Tempat Korang Ada? Cara Buat Kuih Cara Berlauk Yang Sedap

Selain kuih cara manis, jom kenali pula kuih cara berlauk. Siapa suka makan kuih cara berlauk?


Kuih cara berlauk menyerupai kuih cara biasa tetapi terdapat tambahan inti/lauk daging di atasnya. Tambahan daging dan rempah menjadikannya agak pedas tetapi enak dimakan.

Bagaimanapun inti daging pada bahagian atas menjadikannya tidak tahan lama dan perlu dimakan pada hari yang sama. Juga, cara berlauk tidak tahan disimpan pada suhu bilik, ianya hanya tahan 2 hari dengan disimpan dalam peti sejuk.

Sesetengah tempat panggil kuih kura terbakar. Senang membuatnya boleh dijadikan menu petang dan iftar. Resepi daripada Suriati Muhammad‎ di laman Facebook patut cuba. Selamat mencuba.

Resepi Kuih Cara Berlauk

Bahan-bahan Doh :

  • 2 ½ cawan tepung gandum,
  • 4 cawan pati santan,
  • Garam secukup rasa,
  • Pewarna kuning,
  • Sebiji telur.

Cara-cara :

  1. Masukkan bahan-bahan dalam 1 bekas. Bancuh bahan-bahan tadi dan kacau hingga sebati.
  2. Kemudian masukkan dalam mesin pengisar. Blend sekejap.
  3. Siap.

Bahan Inti :

  • Ubi keledek ½ kg dipotong dadu,
  • 2 bungkus rempah kurma tidak kisah brand apapun dibancuh dengan air panas,
  • 1 sudu besar lada hitam ditumbuk,
  • 4 ulas bawang merah,
  • 2 ulas Bawang putih,
  • Gula dan garam secukup rasa,
  • Isi ayam @ udang.

Cara-cara :

  1. Tumis bawang sehingga garing, masukkan rempah kurma, masak sehingga pecah minyak dan hilang bau rempah.
  2. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  3. Masukkan isi ayam @ udang.
  4. Akhir sekali masukkan ubi keledek. Masak sehingga empuk.
  5. Kemudian panaskan acuan, sapu sedikit minyak pada acuan dengan menggunakan daun pandan.
  6. Tuang adunan tepung, jangan penuh sangat.
  7. Masukkan inti keledek, tabur hirisan daun bawang, daun sup dan cili merah.
  8. Terus tutup dengan penutup periuk. Pastikan api kecil sahaja.
  9. Masak selama 10 minit, boleh angkat.
    Dengan sukatan di atas, boleh dapat dalam 57 biji kuih cara berlauk.