“Kurang ajarnya masih sama…” – Video Shuib & Mamat saling melawak ramai yang luah rindu

Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan Sepahtu, yang dianggotai Shuib, Jep dan Rahim yang dahulu ahli asalnya adalah Mamat.

Namun, baru-baru ini menerusi Instagram Shuib, dia telah memuat naik video sedang berkumpul dalam satu acara permotoran yang turut dihadiri oleh Mamat.

Dah lama tak jumpa ‘kurang ajarnya’ masih sama
Umum sedia maklum bahawa Mamat telah lama meninggalkan kumpulan Sepah, tetapi hubungan persahabatannya bersama Shuib masih lagi kekal terjalin.

Melihatkan video yang dikongsikan itu, kedua-dua mereka tidak berasa janggal walaupun sudah lama tidak berjumpa dan sempat lagi bergurau senda.

Rindu weh zaman moto roda tiga
Pertemuan antara dua pelawak itu membuatkan ramai yang merindui zaman ketika di awal kemunculan mereka. Malah, ada yang mahu melihat mereka bergabung semula.

(Visited 714 times, 1 visits today)