“L0ji Penaplsan Minyak Terbakar,” Empat Pekerja Rentung Buat Rakan2 Terkej0t

Empat ditemui rentung manakala seorang masih hilang dalam kebakaran di Diesel Hydro Treater unit di Pengerang, dekat Kota Tinggi, malam tadi.

Sementara itu, seorang mangsa selamat manakala seorang lagi didapati 70 peratus melecur dalam kebakaran kira-kira 10.50 malam, kata Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Pauzan Ahmad.

“Terdapat tujuh orang mangsa yang terlibat, seorang mangsa keluar sendiri dikenali sebagai Mohd Saiful Amat, seorang lagi cedera dikenali sebagai Arnado Alexander,” katanya.
Identiti mangsa yang dipercayai rentung dan hilang adalah Fadhi Akmal Fadzil, Azarul Ashraf Nor Akmal, Norfazly Md Nor, Che Huzaidy Che Harun dan Hadi Syafiq Jamil.

Setakat 11.15 pagi ini, operasi masih dijalankan melibatkan 33 anggota JBPM dan sembilan jentera dan dibantu 37 anggota Central Emergency & Fire Services (CEFS) Pengerang dan lapan jentera.

Tinjauan menerusi laman Facebook yang dipercayai milik salah seorang mangsa iaitu Azarul Ashraf mendapati, rakan-rakannya mula memenuhi ruangan komen yang bersedih atas pemergian tersebut.

Sempat lagi satu lagi sebelum g kenduri… #ekamatra #pusaradilebuhraya #anakjohor #layan

Posted by Angah Yap on Jumaat, 13 Mac 2020

Artikel Berkaitan   Resipi Ubat Sakit Jantung & Mengatasi Masalah Cholestrol