“La Yeke, Rupanya Banyak Fungsi!” Saintis Dakwa Buah Durian Ada Tenaga Yang Cukup Cas Telefon Bimbit

Raja segala buah iaitu buah durian cukup dikenali bukan sahaja di Malaysia dan Asia, malah sehingga serata dunia dek kerana baunya yang kurang disenangi oleh ramai orang.

Selain mempunyai rasa yang enak, buah durian dan sepupunya, nangka mempunyai ciri-ciri unik yang membolehkan mereka menyimpan sejumlah besar tenaga.

Kajian oleh Vincent Gomes dari University of Sydney menunjukkan kedua-dua buah tersebut boleh dijadikan super kapasitor.

Buah durian dan nangka mempunyai keupayaan luar biasa untuk mengekalkan kitaran bateri penuh dan boleh digunakan untuk mengecas pelbagai alatan elektronik seperti telefon pintar, bateri dan juga dalam kenderaan.

Selain tenaga, sisa organik durian yang berisi tebal mempunyai tinggi nilai fiber dan memberikannya kestabilan mekanikal yang sangat baik

Jadi tidak hairanlah buah durian digelar sebagai Raja Segala Buah.

Sumber: New Scientist

Artikel Berkaitan   Tips Nak Bagi Daging Lembut Untuk Buat Rendang, Ikuti 4 Tips Mudah Ni