“Laa Ingatkan Dah Mati”- Watak Ustaz Hamadi Masih Ada, Beliau Tidak Dibunuh, Ini Disahkan Sendiri Shahrulezad

Pengarah drama rantaian popular Nur, Shahrulezad mengesahkan watak Ustaz Hamadi lakonan Azhan Rani akan dihidupkan semula dalam filem Nur tahun depan.

Shahrulezad atau nama sebenarnya, Shahrulezad Mohameddin mendedahkan perkara tersebut menerusi kemas kini terbaharu dalam Instagram sebentar tadi.

“Jangan bimbang, Ustaz Hamadi akan ‘dihidup balik’,” tulisnya dalam Instagram.

Terdahulu Shahrulezad mendedahkan, dia akan kembali ke set penggambaran filem Nur yang diterbitkan oleh syarikat produksi miliknya, Radius One Sdn. Bhd. dengan kerjasama Primeworks Studios pada Mac tahun depan.

“Selepas beberapa kali mengadakan perbincangan dengan pihak TV3 dan Primeworks, akhirnya projek filem ini menjadi kenyataan,” tulisnya.

Namun, menurut Shahrulezad penggambaran filem pertama itu tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga ke Mac tahun depan berikutan teraju utamanya Amyra Rosli kini sedang hamil anak keduanya.

“Insya-Allah akan turun semula ke set penggambaran saya akan turun ke set penggambaran semula pada Mac tahun depan kerana Amyra sedang hamil anak kedua. – K! ONLINE

Artikel Berkaitan   Gara-Gara Sekolah Kosong, Gajah Ceroboh Lalu Masuk Sekolah Hancurkan Pagar Elektrik