Seorang lelaki gemparkan penumpang kapal terbang yang baru hendak berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Murtala Muhammaed di Lagos, Nigeria pada Jumaat lalu.
Lelaki tidak dinyatakan identitinya itu berjalan masuk ke landasan sebelum bertindak memanjat dan bergerak di atas sayap pesawat Azman Air, bagaimanapun perlakuannya itu disedari salah seorang juruterbang.
Juruterbang kemudiannya mematikan enjin pesawat sementara lelaki tidak dikenali itu meninjau dan berjalan-jalan di sekitar pesawat, menurut kenyataan Azman Air.
Malah dilaporkan lelaki itu bukan sahaja melompat ke bahagian sayap pesawat sebaliknya cuba memasuki ruangan kabin, memetik Mirror.
Tindakannya cetus panik penumpang segera memaklumkan kru penerbangan buka pintu kecemasan.
Namun tidak dapat dipastikan apa yang sebenarnya cuba dilakukan lelaki itu.
Difahamkan Penceroboh berkanaan masuk ke kawasan landasan ketika juruterbang menunggu isyarat daripada pengawal trafik udara untuk berlepas. (Henrietta Yakubu, Jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Persekutuan Nigeria).
Kejadian itu bagaimanapun tidak menjejaskan jadual penerbangan namun penumpang diminta turun bagi krew lakukan pemeriksaan kedua sebelum pesawat berlepas ke Port Harcourt.
Tonton video penuh di bawah :
Ape la mimpi dia sampai panjat kapal terbang tu ha, bayangkan kalau pilot tak perasan ada orang atas sayap pesawat, tak pasal-pasal nyawa melayang haissh!