Adakah anda dapat melihat ruang kecil terbentuk pada jari telunjuk anda yang dirapatkan? Jika tidak, besar kemungkinan anda menghidap kanser paru-paru.
Menurut laman Cancer Research UK, kaedah yang dikenali sebagai Schamroth Window Test ini digunakan bagi mengesan Finger Clubbing, Finger Clubbing terjadi pada 3 daripada 10 orang (35%) yang mengidap kanser paru-paru bukan sel kecil (non small cell lung cancer), tetapi 4 daripada 100 orang (4%) yang menghidap kanser paru-paru sel kecil (small cell lung cancer).
Finger Clubbing ini terjadi dalam tiga fasa iaitu:
- Bahagian bawah kuku menjadi lembut dan kulit berdekatan kuku menjadi berkilat.
- Kuku menjadi lebih melengkung jika dilihat daripada sisi, dikenali sebagai tanda Scarmouth.
- Bucu jari membengkak.
Salah satu cara mudah bagi mengesan tanda awal kanser paru-paru adalah dengan menggunakan kaedah Schamroth Window Test , iaitu meletakkan dua jari telunjuk secara berdekatan dan melihat ruang kecil yang terbentuk pada jari. Dapatkan nasihat doktor dan pakar sekiranya anda mendapati tiada ruang terbentuk pada jari.
Sumber: Cancer Research UK