Lama Memendam Sakitnya Hadapi [email protected] Sendirian, Elyana Pesan Ini Pada Wanita

“SAYA akan tetap hadapi dengan senyuman.” Demikian kata penyanyi dan pelakon, Elyana, 33, apabila mengimbas kembali keadaan kesihatannya ketika menjalani rawatan kemoterapi kanser limfoma tahap empat yang dimuat naik di akaun Instagram (IG) miliknya, semalam.

Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal turut memuat naik foto dirinya ketika menjalani rawatan kemoterapi buat kali pertama selepas disahkan menghidap kanser tahap empat.

“Setelah puluhan kali kemoterapi yang saya tempuh di tahun-tahun yang sudah, senyuman dapat saya ukir untuk kali ini.

“Hidup saya penuh dengan ujian yang tak semua saya dapat ceritakan kepada kalian. Biarlah saya seorang yang simpan. Saya akan tetap hadapi dengan senyuman. Insya-ALLAH,” katanya.

Kenyataan yang dimuat naik itu sekali gus menarik perhatian para peminatnya yang sentiasa memberi sokongan kepadanya.

Melalui status itu, Elyana turut memohon sokongan dan doa daripada ahli keluarga, peminat dan orang tersayang untuk dirinya serta penghidap kanser lain bagi menjalani kehidupan mendatang.

“Kepada anda di luar sana yang mempunyai ahli keluarga atau orang yang anda kenali sedang berjuang melawan kanser, selalulah ingat untuk tidak segan merangkul mereka dan peduli akan mereka yang sedang berjuang kerana hanya doa dan sokongan daripada orang tersayang kami harapkan,” katanya.

Elyana

Dalam pada itu, penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu itu juga sempat memberi nasihat kepada orang ramai untuk mengutamakan kesihatan kerana kanser boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.

Sementara itu, @Opie berkata, “Manusia paling kuat adalah kamu.”

@nadielyana pula mendoakan agar Elyana terus diberi kekuatan untuk terus melawan kanser.

kredit sinar harian

Artikel Berkaitan   Dapat Tontonan Tinggi Dari Lagu Tokti, Cik B Dedah Lagu Itu Adalah Dari Pengalamannya Didera Masa Kecil