Lama Simpan Rahsia, Sempena Hari Jadi Tok Ram, Alyah Dedah Siapa ‘Skandal’ Suami

KUALA LUMPUR, 20 Nov — Sebelum ini rumah tangga mereka dikatakan dilanda badai, namun perkara berkenaan segera ditepis penyanyi Alyah.

Hubungan dengan suami Datuk Ramli MS, juri tetap Gegar Vaganza, tetap utuh walau jarang melihat mereka bersama-sama.

Setelah hampir sembilan tahun mendirikan rumah tangga, Alyah akhirnya berterus-terang mendedahkan di Instagram wajah “skandal” Ramli selama ini.

“Kenal tak mamat belakang tu?… Tahun ni sempena birthday dia saya nak buat pengakuan. Sebenarnya ni la skandal saya selama ni,” kata Alyah bergurau.

Menulis di Instagram, Alyah atau Noor Hasliah Abu Hasan mengakui ramai jarang nampak mereka bersama namun sering berhubung antara satu sama lain.

“Jumpa pun senyap-senyap, shhh… jangan bilang ‘siapa siapa’. Memang dia tidak pernah letak gambar saya dalam Instagram dia, dah nama pun skandal,” katanya.

Pasangan ini berkahwin di Indonesia pada 18 Mac 2013 dan setakat ini masih belum dikurniakan cahaya mata.

Rata-rata pengunjung dan peminat mendoakan kehidupan mereka berumah tangga kekal selama-lamanya.