Larangan Merokok Kurang Dari 3 Meter Di Kedai makan, Restoran Atau Denda RM10,000 / Penjara 4 Tahun

KUALA LUMPUR 17 DISEMBER 2018. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye ketika sidang media selepas Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen. NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

TIMBALAN Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini. – Foto Eizairi Shamsudin

KUALA LUMPUR: Perokok masih boleh merokok di tempat awam apabila larangan merokok di kedai makan dan restoran terbuka berkuat kuasa tahun depan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, berkata bagaimanapun larangan merokok itu menyatakan perokok hanya dibenarkan merokok di kawasan tiga meter atau 10 kaki dari kedai makan dan restoran terbuka.

Katanya, peraturan baharu itu juga menetapkan pengusaha dan pemilik kedai makan dan restoran perlu menaikkan tanda larangan merokok selain tidak menyediakan kemudahan untuk merokok seperti bilik khas merokok dan bekas membuang puntung rokok.

“Kita faham juga mengenai hak perokok ini , jadi kita benarkan mereka merokok 10 kaki (tiga meter) dari premis berkenaan,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Terdahulu beliau menjawab soalan Datuk Ong Chong Swen di Dewan Negara yang ingin mengetahui tindakan terhadap perokok dan pengusaha restoran dan kedai makan yang enggan memberi kerjasama apabila larangan itu dikuatkuasakan.

Dr Boon Chye berkata, pada sesi taklimat dengan persatuan dan pengusaha ked4i makan dan restoran mengenai peraturan larangan merokok, mereka membangkitkan isu pelanggaran peraturan itu oleh perokok yang degil.

Katanya, kementerian mengambil maklum isu itu dan memberi jaminan pengusaha kedai makan dan restoran tidak akan dikenakan tindakan atas kesalahan perokok yang degil.

Justeru, katanya pengusaha kedai makan dan restoran boleh menghubungi talian ‘hotline’ 03-388942530 yang beroperasi 24 jam untuk membuat aduan.

Mengulas lanjut, katanya kementerian mempunyai 5,008 pegawai kesihatan persekitaran yang boleh menguatkuasakan peraturan larangan merokok itu selain bantuan pegawai kesihatan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Artikel Berkaitan   Aliff Syukri Nak Saman Ibu Sendiri. Ini Reaksi Balas Bonda Rozita

Katanya, untuk enam bulan pertama peraturan larangan itu dilaksanakan, kementerian akan memberi amaran kepada perokok dan pengusaha premis perniagaan kedai makan yang ingkar larangan itu.

“Kita mahu peraturan larangan ini dilaksanakan bagi mendidik masyarakat berhenti merokok.

“Namun, jika ada perokok yang berdegil dan pengusaha kedai makan dan restoran yang masih mengulangi kesalahan maka mereka akan terus di saman,” katanya.

Peraturan larangan merokok itu diwarta mengikut Peraturan 11, Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 bakal dikuatkuasakan Januari tahun depan yang mana mereka melanggarnya boleh di denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua t4hun.

Bagi pengusaha kedai makan dan restoran yang gagal mematuhi peraturan itu boleh didenda melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Dr Boon Chye berkata sehingga kini 63 siri taklimat dan penerangan berkenaan pewartaan larangan merokok sudah dijalankan dengan penyertaan 3,142 orang.

Katanya, sebanyak 108 kedai makan dan restoran sudah pun mengisytiharkan premis mereka bebas asap rokok.

“Kementerian Kesihatan menghargai sokongan dan kerjasama semua pih4k dalam pelaksanaan pewartaan ini demi menjaga kesihatan rakyat keseluruhannya,” katanya.
Sumber: Berita Harian

Larangan merokok di restoran, premis makanan 1 Januari 2019

SUNGAI PETANI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengeluarkan arahan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di negara ini berkuatkuasa 1 Januari 2019.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata cadangan terbabit sudah diluluskan di peringkat Parlimen dan akan berkuatkuasa tahun depan.

Menurutnya, selain kawasan yang sedia maklum seperti tempat awam dan bangunan kerajaan, arahan larangan merokok kini membabitkan semua restoran dan premis makanan termasuk warung-warung makanan di tepi jalan.

Artikel Berkaitan   “Tak Puas Tengok Dia Pakai Tudung,”- Ini Reaksi Zizan Razak Bila Lisa Surihani Berhijab

“Kita sedar arahan ini sudah lama wujud namun hanya membabitkan restoran-restoran tertentu sahaja.

“Tetapi kali ini, semua restoran tidak kira sama ada restoran bertutup, berhawa dingin, atau restoran dan warung berkonsep terbuka (open air) perlu mematuhi arahan ini bermula tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan program International Conference on Life Style Disease (AICLSDs) di Universiti Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST), di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Naib Canselor dan Ketua Eksekutif Universiti AIMST, Profesor Emeritus Dr Harcharan Singh Sidhu.

Dr Lee berkata, tindakan akan diambil terhadap perokok dan juga pemilik restoran yang tidak mematuhi peraturan terbabit mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan hasil Tembakau 2004 di bawah Akta Makanan 1983 (Akta 324).

Katanya, pihak kementerian juga tahu akan timbul pelbagai reaksi atau bantahan daripada perokok dan juga pemilik restoran berikutan arahan ini namun pihak kementerian tidak akan berkompromi apabila ia membabitkan aspek kesihatan r4kyat di negara ini.

“Masyarakat bukan perokok berhak menikmati makanan mereka tanpa gangguan pencemaran asap rokok yang boleh menjejaskan keselesaan dan kesihatan mereka.

“Peniaga juga tidak perlu risau akan risiko kekurangan pelanggan kerana kita yakin pelanggan akan lebih ramai kerana berasa selesa tanpa gangguan asap rokok,” katanya.

Beliau berkata, ini adalah antara usaha KKM untuk memastikan rakyat Malaysia terhindar daripada penyakit yang berpunca daripada asap rokok.

“Situasi ini sekali gus diharap dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan dalam aspek kos rawatan pesakit yang berpunca daripada asap rokok,” katanya – Berita Harian