
Sehingga kini masih belum ada bukti saintifik membuktikan wujudnya kesan sampingan apabila menggunakan alat pengesan suhu yang disasarkan pada dahi.
Sekiranya bacaan suhu dilakukan pada anggota badan lain, dikhuatiri bacaannya kurang tepat, dan ketepatan bacaan juga akan berkurangan.
“Ketepatan adalah apabila disasarkan di dahi. Kesan sampingan memang tidak dilaporkan walaupun ada kebimbangan tapi tiada laporan, tiada bukti saintifik kata boleh menyebabkan penyakit lain dan sebagainya.
“Menggunakan di tempat lain, ketepatan bacaan suhu adalah diragui. Kita tak nasihatkan orang untuk guna di tangan dan sebagainya, untuk dapatkan ketepatan bacaan suhu, kita kena guna pada dahi,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Ia berikutan video yang tular dilaman sosial mendakwa bacaan suhu yang disasarkan pada dahi boleh mendatangkan bahaya dan juga kesan sampingan yang tidak ditentusahkan.
Video tersebut juga mendakwa, bacaan suhu adalah lebih tepat dibaca pada tangan berbanding dahi, sehingga menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai.
Infrared thermometer menyebabkan kanser? 😱😱
Saya tak tahu siapa yang buat video ni, tapi jelas ini tidak tepat.
Setiap tuduhan perlu ada bukti dan penjelasan berasaskan penelitian.
Maka jom belajar sikit pasal IR thermometer ni supaya tak jadi palatao di masa depan
— Shazwan Sazali (@shazwan_sazali) July 26, 2020
Ini adalah kerana bahagian yang paling kurang dipengaruhi oleh suhu persekitaran adalah bahagian atas abdomen. Dahi merupakan permukaan yang tidak terlindung oleh pakaian, rambut, misai dan janggut. Malah, termometer bukanlah memancarkan laser seperti yang didakwa, sebaliknya hanya menyukat suhu (signal inframerah) dari badan manusia.
Justeru, orang ramai diingatkan agar tidak perlu bimbang dengan termometer yang disasarkan pada dahi kerana ia tidak mendatangkan bahaya sama sekali.
kredit era