Laudya Cynthia Bella Dan Engku Emran Sah Bercerai, Erra Fazira “Bocor” Punca Perceraian?

Sekian lama menjadi tanda tanya ramai, Laudya Cynthia Bella akhirnya menjawab persoalan netizen tentang status perkahwinannya. Menurut Insertlive, pelakon berusia 32 tahun itu mengaku rumah tangganya bersama Engku Emran telah berakhir.

Namun, Bella memaklumkan mereka bercer4i dengan cara yang baik selepas berbincang dan mencapai kata sepakat. Ketika ditemu ramah semalam, Bella berkata,

Terkait pemberitaan saat ini tentang rumah tangga saya, saya ingin menjelaskan bahawa kami berdua sudah sama-sama sepakat untuk berpisah secara baik-baik.”

Dah cuba selamatkan rumah tangga

Bagaimanapun, dia tidak mendedahkan tarikh pencer4ian dan berkata mereka berdua telah berusaha sebaik mungkin untuk mempertahankan rumah tangga yang dibina sejak 8 September 2017 itu.

Sudah berbagai usaha yang kami lakukan dan ini adalah takdir Allah. Rumah tangga kami hanya sampai di sini dan sudah segala proses kami lalui. Saat ini, semuanya sudah selesai.”

Dua tahun beliau menjadi suami, banyak sekali kebaikan, hikmah dan pembelajaran yang saya dapat. Insya-Allah hikmah, pembelajaran, semua yang saya dapat ini bisa saya jadikan bekal, bisa saya simpan untuk menjadi wanita yang Insya-Allah boleh jauh lebih baik lagi.”

Ada yang pernah ramal takkan kekal lama?

Sementara itu, Tribun melaporkan nama penilik Indonesia, Mbak You timbul selepas berita pencer4ian Bella disahkan oleh tuan empunya badan. Mana tidaknya, menurut netizen di sana Mbak You atau Mama Laurent ini suatu ketika dulu pernah ‘meramal’ rumah tangga Bella dan Engku Emran tidak akan kekal lama.

Mbak You itu juga berkata, wanita lain akan jadi penyebab keh4ncuran rumah tangga mereka kerana Engku juga seorang yang mata ker4njang, pl4yboy dan suka mengg0da atau dig0da wanita lain. Macam-macamlah dorang ni…

Artikel Berkaitan   “Selesai Solat Zohor, Saya Terhidu Bau Wangi Semerbak Dalam Rumah, Tidak Lama Kemudian, Anggota TLDM Datang”

Kaitkan posting Erra Fazira tunjuk gambar buaya

Selain itu, netizen Indonesia juga turut ‘percaya’ dengan Mbak You dan mengaitkan posting terbaru Erra Fazira di Instagram yang menunjukkan gambar buaya. Gambar itu adalah meme yang membandingkan sikap seorang suami yang berbeza ketika di depan kawan dan di depan isteri. Kononnya, bila dekat luar suami tersebut macam ‘buaya’ lah.

Macam-macam netizen Indonesia ni. Itu namanya jodoh tak panjang. Dorang lagi percaya dgn tilikan Mbak You pulekkk…. Better doakan je yang terbaik for both of them kan…

kredit kuala lumpur viral