Leka Memberi Makan Ayam, Seorang Warga Emas Terperanjat Ditenung Ular Untuk Menjadi Mangsanya

KUALA NERUS – Seorang warga emas nyaris dipatuk sepasang ular tedung ketika ketika sedang memberi makan ayam ternakannya di Kampung Padang Air di sini malam semalam.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 7.30 malam dan ular terbabit dikatakan sepanjang 3 dan 4 meter.

Menurut Muhd Al Khabiir Mamat, ibunya, Sawiyah Abd Kadir, 65, berada di luar rumah dan sedang memberi makan kepada ayam ternakannya sebelum terlihat sepasang ular tedung.

“Ibu beritahu ular itu mengangkat kepalanya dan cuba menghampiri ibu.

“Tapi ibu bernasib baik kerana sempat melarikan diri dan memaklumkan kejadian itu kepada saya sebelum saya menghubungi APM (Angkatan Pertahanan Awam),” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, anggota APM yang bergegas ke lokasi kejadian mengambil masa hampir dua jam untuk menangkap pasangan ular tedung itu.

Anggota APM Kuala Terengganu/Kuala Nerus, Prebet (PA) Muhammad Johari Mohd Noor berkata, pihaknya mengambil masa setengah jam untuk menangkap ular pertama manakala ular kedua mengambil masa hampir satu jam setengah.

Katanya, kedua-dua ular tedung itu kemudiannya dibawa ke Pejabat APM Kuala Nerus untuk tindakan lanjut.

“Kita harapkan orang ramai lebih berhati-hati kerana pada musim kemarau, ular suka bersembunyi di tempat sejuk seperti tandas dan bilik air,” katanya.

kredit sinar harian

Artikel Berkaitan   Selamba Tambah “Anji*G” Dalam Nama Bapa, Najib Tegur Netizen Biadap