Lelaki Belanja RM16,576 Untuk Beli Penutup Muka Yang Bersadur Emas

Seorang lelaki dari Pune, India sanggup membelanjakan wang sebanyak 14,200 dirham (kira-kira RM16,576) demi mendapatkan penutup muka logam yang disadur dengan emas.

Shankar Kurade ketika ditemubual oleh pemberita memberitahu dia sendiri tak pasti sama ada pelitup mukanya itu berkesan atau tidak dalam mencegah dirinya daripada ancaman COVID-19.

“Pelitup muka ini nipis dan mempunyai lubang jadi tidak sukar untuk saya bernafas. Namun, saya tidak pasti sama ada pelitup muka ini membantu,” katanya.

Shankar menjadi perbualan sensasi di laman sosial ekoran daripada topeng emasnya ini, sehinggakan ada yang mempersoalkan keberkesannya dalam melindungi diri daripada ancaman wabak COVID-19.

Namun, Shankar bukanlah individu pertama yang mempunyai topeng muka emas seperti ini kerana pernah ada individu di India yang mempunyai topeng muka daripada perak.

Macam-macam!

kredit era

Artikel Berkaitan   Tidak Sedar Video Dirakam, Wanita Ini Bukan Sahaja Memarahi Bayi Lebih Parah Dia Menampar Dan Menghentak Kepala Bayi